Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
A group of PKR MPs has called for comprehensive reforms to the UPUOnline system, citing concerns that top STPM students are struggling to secure placements at public universities through the current process.

Petaling Jaya MP Lee Chean Chung, who spoke on behalf of the group, said there was a disparity between the numbers of STPM excellent students and the shrinking admission numbers through the system.

Read more at https://tinyurl.com/bd6ceb3t

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Pada 24 Jun 2025, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa keputusan STPM 2024 merekodkan pencapaian tertinggi dalam sejarah sejak pemperiksaan STPM dilaksanakan.
00:15Namun, mengikut jawapan Parlimen yang saya perolehi semalam, kemasukan dengan kelayakan masuk STPM menunjukkan penurunan yang mendadak.
00:23Kami mengambil bidang perubatan, Kod 0912 untuk aliran sains dan bidang undang-undang Kod 0421 untuk aliran bukan sains.
00:34Statistik menunjukkan untuk bidang perubatan, kemasukan pelajar STPM telah menurun daripada 623 orang untuk tahun 2023 kepada 494 orang saja pada tahun 2024.
00:49Pengurangan pengambilan tersebut merentasi semua institusi di Malaysia.
00:53Lebih mengejutkan, di Universiti Melayu, berbanding dengan 8 pengambilan pelajar STPM untuk tahun 2023 yang sudah kecil angkanya, sekarang hanya tertinggal seorang saja yang diterima.
01:07Sama dengan bidang undang-undang yang bukan aliran sains.
01:10Kemasukan pelajar dalam bidang tersebut di seluruh Malaysia jatuh merudum daripada 185 orang 2023 kepada hanya 131 orang untuk tahun 2024.
01:22Lebih-lebih lagi, di Universiti Melayu, kemasukan pelajar STPM menurun sebanyak 63% daripada 67 orang kepada 25 orang saja.
01:34Universiti Kebangsaan Malaysia juga mengalami penurunan 51%, iaitu daripada 43 orang kepada 21 orang.
01:41Ini merupakan satu ketidakadilan kepada pelajar yang menduduki STPM.
01:46Pemeriksaan ini telah lama diiktiraf sebagai kelayakan pra-universiti yang setaraf dengan A-level oleh institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negara.
01:55Tempoh pembelajarannya lebih panjang berbanding dengan matrikulasi dan asasi, tetapi akhirnya mereka ditolak dari kebang utama universiti.
02:03Berdasarkan data yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, statistik tawaran kemasukan pelajar lepasan STPM ke IPTA berbanding permohonan yang layak bagi 3 tahun terkini adalah seperti berikut.
02:16Sesi Akademik 2022-2023, 21,215 orang daripada 31,818 orang.
02:27Sesi Akademik 2023-2024, 26,275 orang daripada 30,128 orang.
02:37Dan untuk Sesi Akademik 2024-2025, 26,500 seorang daripada 34,070 orang.
02:48Angka ini secara keseluruhan memperlihatkan peningkatan jumlah lepasan STPM yang berjaya menempatkan diri ke universiti awam.
02:56Bagus.
02:56Namun begitu, menurut data rasmi yang diumumkan oleh Majlis Pemeriksaan Malaysia pada 24 Jun tahun ini, seramai 41,434 calon hadir mendutuki Pemeriksaan STPM 2024 dan 41,422 orang calon layak dianugerahkan sejak STPM 2024.
03:16Ini juga bermakna bahawa terdapat lebih daripada 14,000 calon STPM yang tidak mendapat tempat di universiti awam walaupun mereka layak menerima sejak STPM.
03:28Sebahagian daripada mereka mungkin melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi swasta, ada yang di luar negara.
03:35Namun, angka ini tetap menunjukkan cabaran besar dalam akses ke IPTA bagi lepasan STPM.
03:40Saya sedar bahawa KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia Tengah Gigi, mengarus perdanaan STPM.
03:48Namun, saya juga ingin mengingatkan KPM.
03:51Akhirnya, ia menjadi realiti yang hampir mustahil untuk pelajar STPM mencapai aspirasi mereka.
03:57Segala usaha untuk memperkasakan STPM, umpama hanya mencurah air ke daun keladi.
04:02Harapan tinggi yang cuba diberikan oleh kita kepada mereka, akhirnya akan menghampakan sekumpulan besar pelajar yang dihimpit dari kiri dan kanan oleh pengambilan matrikulasi, asasi dan sekarang tambahan dengan saluran terbuka Universiti Awam 1.
04:21Perlu ditekankan bahawa kebanyakan mereka adalah dari luar bandar dan berlatar belakang keluarga biasa.
04:27Maka, situasi mendesak ini memerlukan pelancaran satu gerakan, iaitu Reform UPU.
04:33Kami juga mengajak semua pelajar-pelajar STPM dari seluruh pelusut negara untuk menggunakan hashtag Reform UPU dalam sob mic mereka apabila mereka menunggu tawaran kemasukan ke universiti-universiti tempatan dalam 1-2 bulan ini.
04:48Hanya dengan kesedaran dan kebangkitan pelajar, ibu bapa dan rakyat, barulah situasi yang terpesong daripada matlamat asal KPM untuk memuliakan pendidikan ini dapat diperkukuh.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended