Skip to playerSkip to main content
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pesalah asing yang ditangkap, disiasat dan dibicarakan dalam aktiviti pengintipan akan dihantar kembali ke negara asal setelah selesai hukuman penjara di Malaysia dan di senarai hitam.

#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Transcript
00:00Kalau mereka jelas-jelas, terang-terang melakukan kesalahan dalam negara kita
00:04atas aktiviti pengintipan, kita tangkap, kita siasat, kita bawa ke muka pengadilan dan sabit kesalahan.
00:17Setelah dia menjalani hukuman penjara, selesai hukuman penjara, kita akan hantar dia balik.
00:25Kita deport dia.
00:27Kalau ekstradisi, kita ada 11 negara yang kita ada perjanjian ekstradisi.
00:34Ekstradisi ini kalau dia melakukan kesalahan di negara dia, kemudian dia datang ke negara kita.
00:41Jadi negara dia bagitahu negara kita, dia itu dalam senarai dikendaki.
00:47Kalau negara kita dengan negara dia ada perjanjian ekstradisi, kita akan gunakan kaedah ekstradisi.
00:53Tapi dalam kes ini lebih tepat kita deport dia.
00:57Kita hantar dia balik dan sekaligus kita seletak dia dalam senarai hitam.
01:01Kita ada 11 negara yang kita ada ekstradisi lah, yang kita pernah guna pakai.
01:06Amerika misalnya, Indonesia, Thailand, Australia itu sebahagian lah daripadanya.
01:12Jadi memang ada kes yang kita guna pakai kaedah deportasi sejurus selepas mereka menjalani hukuman.
01:20Terima kasih.
Comments

Recommended