00:00Suranjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, selesai mengambil keterangan 10 individu dan 14 syarikat yang dipercayai terlibat sindikat penyeludupan tembakau, rokok serta cerut.
00:11Sindikat itu menyebabkan kerugian kepada hasil negara dianggarkan lebih RM250 juta bagi tempoh 2020 hingga 2024.
00:18Menurut sumber SPRM, sindikat itu dipercayai menggunakan taktik pengistiharan palsu semasa proses import dengan menukar kod kastam atau butirian barang.
00:32Katanya, rokok dan cerut yang diseludup disimpan di gudang persendirian sebelum diagihkan ke pasaran.
00:38Berdasarkan siasatan awal, kegiatan penyeludupan ini berkemungkinan turut didalangi segerintir pengakuasa.
00:44Mereka dipercayai memberi laluan mudah untuk menyeludup barangan berkenaan di pintu masuk negara selain melindungi operasi gudang penyimpanan dan tidak mengambil tindakan pengakuasaan.
00:55Sumber itu memaklumkan bayaran kepada pengakuasa terlibat dipercayai dibuat secara tetap melalui wang tunai atau orang tengah bagi mengaburi jejak kewangan.
01:03Perkara yang dibimbangkan adalah sindiket ini dipercayai turut mempunyai kaitan langsung dengan kumpulan pegawai Angkatan Tentera ATM yang ditahan dalam OPSUHUR pada 14 Ogos lalu menunjukkan wujudnya rangkaian pelindungan yang lebih luas.
01:17Pada selasa lalu, bahagian operasi khas SPRM dengan kerjasama strategik melibatkan Jabatan Kastam Deraja Malaysia, Lembaga Khasa Dalam Negeri LHDN dan Bank Negara Malaysia MNM telah menggempur beberapa premis di sekitar Lembah Kelang dan Johor menerusi OPSUHUR bagi membantras kegiatan penyeludupan tembakau, rokok serta cerut.
01:36Siasatan itu kini difokuskan keperkesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Kurungan 1 Akta Amla.
01:45Susulan operasi itu, SPRM telah membekukan beberapa akaun bank bilik pesendirian dan akaun syarikat melibatkan nilai kira-kira RM218 juta dan sedang menyiasat bagi mengesan aset lain yang diperoleh melalui aktiviti pergubahan wang haram oleh pegawai kastam yang disyaki terlibat serta syarikat pengimport.
Comments