Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan penambahan pemerhati antarabangsa bagi memantau pelaksanaan genjatan senjata antara Kemboja dan Thailand merupakan langkah sokongan semata-mata tanpa niat campur tangan.
Transcript
00:00Cadangan penambahan pemerhati antarabangsa bagi memantau pelaksanaan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand adalah langkah sokongan semata-mata.
00:10Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menjelaskan ia bukanlah niat Malaysia untuk campur tangan.
00:17Menurutnya cadangan itu adalah susulan kebimbangan terhadap kekurangan tenaga pemantau di lapangan.
00:22Katanya pasukan tambahan itu boleh diambil daripada pegawai pertahanan atau wakil kedutaan ASEAN di negara terbabit sekiranya pasukan sedia ada tidak mencukupi.
00:52So we said we have to increase the number. So we take it from the defense attache and the embassy now.
01:02If they are too short for number two then they can take from the from their home base to come and support that program.
01:11There's no contradiction. If you read the statement it just says that if we can start from the embassy first.
01:19So I think we look at it. It's not the problem.
01:22Pemangku Perdana Menteri Thailand Pumtam Weichayachai pada Rabu dilaporkan menolak permintaan daripada Anwar
01:28untuk menghantar lebih ramai pemerhati antarabangsa bagi memantau gencatan senjata di Thailand.
01:34Weichayachai menjelaskan bahawa beliau menolak permintaan tersebut dengan menyatakan bahawa konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja
01:41adalah isu antara kedua-dua pihak dan Thailand tidak akan membenarkan campur tangan pihak luar.
Comments

Recommended