Skip to playerSkip to main content
Pakar kriminologi dan Prof. Madya Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Geshina Ayu Mat Saat berkata ujian psikometrik boleh dilakukan seawal usia tiga tahun untuk mengenal pasti sekiranya seseorang mempunyai kecenderungan melakukan buli. Jelasnya, ujian yang sama boleh dilakukan juga kepada murid sekolah rendah dan menengah bagi tujuan intervensi. #AgendaAWANI
Transcript
00:00Malah kalau kita menggunakan ujian zarkometrik semuda 3 tahun
00:06Dah boleh kesan dah kalau seseorang individu mempunyai kelakuan atau tindakan kearah yang tidak baik
00:12Di sini bukan untuk melabel tetapi melakukan intervensi awal supaya tindakan itu tidak berlarutan
00:20Dan kita boleh betulkan balik
00:22Namun kalau daripada 3 tahun kita tak buat, katakanlah masuk sekolah rendah tak buat
00:26Masuk sekolah menengah baru nak buat, masih boleh buat
00:29Jadi saranam di sini kita kena ada saringan awal
00:32Bukan untuk melabel, bukan untuk mentulkan nak meluluh jari ke tak
00:36Intervensi awal supaya dia tahu apa yang dia buat itu tidak elok
00:41Dan tidak ada peluang untuk dia melakukan apa-apa yang tidak elok
00:45Kalau kita tengok data ya, pada tahun 2015 kita ada 3,011 kes dia belum mulanya
00:53Itu pun kita rasa oh banyaknya
00:55Kemudian 2016 dia naik 3,488
00:58Tapi pada 2023 kes yang buli ialah 5,319 kes
01:08Maknanya tinggilah dan saya tak dapat melihat berapa data 2024 dan bagi saya tentunya ada peningkatan
01:17Dan saya selalu sebut, peningkatan bukan bermakna dia makin menjadi-jadi
01:22Tetapi peningkatan bermakna makin ramai orang sedar dan membuat aduan dan tindakan diambil
01:28Kita kena ingat tu, maknanya kempen ataupun apa saja tindakan undang-undang yang diambil
01:35Dan telah menyebabkan masyarakat ibu bapa terutamanya lebih memahami apa yang berlaku itu adalah buli
01:44Dan mengambil tindakan membuat aduan kepada sekolah
01:49Kemudiannya mengambil tindakan untuk membuat aduan kepada polis
01:52Supaya perkara itu dapat dihentikan
01:54Dan itu bagi saya kita cuba melihat data sebagai dalam bentuk yang lebih positif
02:01Bukannya peningkatan itu bermakna dia tidak dapat dikawal
02:06Itu satu perkara yang saya rasa kita perlu amati
Comments

Recommended