Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.

Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Transcript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Sekiranya keputusan mahkamah berpihak kepada pihak pendakwa, Petong Tan akan menjadi Perdana Menteri ketiga daripada keluarga Sinawat yang disingkirkan sebelum tamat penggal. Ia selepas bapanya Taksin dan ibu saudaranya Ying Lak yang digulingkan melalui rampasan kuasa tentera.
00:46Pada 1 Julai, Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung Petong Tan daripada menjalankan tugas sementara menunggu keputusan kes mahkamah yang mencabar tugasnya sebagai mimpin negara itu.
00:57Mahkamah dalam satu kenyataan berkata, ia telah menerima petisyen daripada 36 senata yang menuduh Petong Tan tidak jujur dan melanggar sensitiviti etnik selepas perbualan telefon dengan bekas pemimpin berpengaruh Kemboja, Hun Sen, tersebar.
01:12Sehubungan itu, tekanan agar Petong Tan meletak jawatan semakin memuncak selepas rakaman panggilan telefon beliau dengan Hun Sen bocok.
01:20Malah ia turut menyebabkan kemarahan rakyat dan turut mendorong satu daripada rakan utama dalam gabungan pemerintah menarik diri.
01:27Thailand dilaporkan menghubungi setiausah agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Antonio Guterres dan Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya bagi mendesak siasatan antarbangsa terhadap pelanggaran Kemboja terhadap Konvensyen Ottawa.
01:44Ia susulan insiden terbaru letupan periuk api yang menyebabkan seorang ranger cedera parah di kawasan Chong Chub Tamok Surin pada selasa.
01:52Menteri Luar Thailand, Maris Sanggiam Posa telah menghubungi Iwaya untuk meminta agar mekanisme di bawah Konvensyen Ottawa digunakan bagi menyiasat tindakan Kemboja.
02:04Beliau juga akan beri taklimat kepada negara-negara penerma pada Jumaat berhubung penolakan Kemboja terhadap cadangan Thailand bagi menjalankan operasi pembersihan periuk api.
02:15Juru cakap Kementerian Luar Thailand, Nikondesh Balancura berkata taklimat Jumaat itu juga akan menggasa negara-negara penerma dan organisasi antarabangsa meneliti semula bantuan mereka kepada Kemboja.
02:29Katanya Kementerian bersama agensi berkaitan akan mengatur lawatan tapak untuk wakil negara penerma dan organisasi antarabangsa.
02:38Ini bagi milihat sendiri kerusakan di lapangan serta mendapatkan butiran dan maklumat mengenai insiden periuk api.
02:45Maris akan turut berbincang dengan rakan sejawatnya dari Malaysia dan Singapura mengenai penggunaan kerangka ASEAN untuk menekan Kemboja agar bekerjasama dalam usaha pembersihan periuk api.
02:57Beliau menegaskan bahawa Thailand berulang kali membantah tindakan Kemboja dalam mesyuarat bersama PBB dan IYR yang kini mempengurusikan Konvensyen Ottawa.
03:07Undang-undang antarabangsa perlu dipatuhi dalam menangani isu-isu berkaitan Laut Cina Selatan bagi memastikan situasi menang-menang untuk semua pihak.
03:18Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan perbincangan dalam kerangka Undang-undang antarabangsa akan memastikan penyelesaian yang saling menguntungkan kedua-dua pihak yang terlibat.
03:31Cina dan saya percaya bahawa persidangan ini akan menghasilkan kerjasama di antara ASEAN dengan negeri Cina khusus mereka berbincang mengenai dengan Code of Conduct di Lautan Cina Selatan.
03:55Cina dan saya percaya bahawa mesti ada penyesaian di atas kemungkinan ada kelemahan-kelemahan yang berlaku.
04:23Tadi Dato' Amran ada menyebut mengenai dengan compliance to international law dan kalau perbincangannya within that framework sudah tentu ia akan menjadi menang-menang kepada dua pihak.
04:38Abang Johari berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis makan malam galas sempena mesyuarat pegawai-pegawai kanan ASEAN Cina ke-24 di Kuching.
04:48Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari menyeru negara-negara yang berada di sekitar Laut Cina Selatan terus komited untuk memastikan ia kekal sebagai Laut Keamanan dan Kemakmuran.
05:00Semangat ini katanya pernah wujud ketika penubuhan subhan atau zon aman bebas dan berkecuali pada 1955 dan kini masih subur dalam kalangan negara ASEAN.
05:10Tidak, kami percaya percaya bahwa ini menyebutkan percayaan kita untuk menghasilkan percayaan kita untuk memastikan percayaan kita untuk memastikan percayaan, stabilitas dan berkongsi berkongsi berkongsi berkongsi.
05:30roma-kongsi berkongsi berkongsi berkongsi berkongsi berkongsi yang diunda.
05:33Ini wel syarikat ini bahaya, baginda adalah kapasitasmu bertukang tersebut.
05:46kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga ia tetap sejauh dan kepercayaan.
05:58In this regard, history has recorded the significant era of non-alignment policy after the Bandung Conference in 1955,
06:21where the emerging leaders of Asia at that time, such as President Sukarno of Indonesia,
06:34Prime Minister Jawaharlal Nuhu of India, and Prime Minister Zhao Enhai of China,
06:46has created a foundation eventually leading to the concept of Zofan,
06:56zone of peace, freedom and neutrality.
07:03And I believe the spirit of Zofan is still prevailing in Asia.
07:14Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN China ke-24 berlangsung di Kuching selama 4 hari dan berakhir Khamis.
07:21Ekspor beras Vietnam dijangka mencecah sekurang-kurangnya 8 juta tan pada 2025,
07:32sekaligus meletakkan negara itu sebagai pengekspor kedua terbesar dunia buat kali pertama.
07:37Menurut Pengurusi Persatuan Makanan Vietnam, VFA, Doha Nam, ekspor beras Vietnam melebihi 5.5 juta tan setakat ini.
07:46Thailand yang selama bertahun-tahun menjadi pengekspor beras kedua terbesar dunia
07:53sedang berdepan cabaran besar apabila jumlah ekspornya merosot 30% tahun ke tahun.
07:59Nam berkata perhantaran beras ke beberapa negara di benua Afrika juga melepasi 1 juta tan setakat akhir Jun.
08:07Selain itu, pengumuman kerajaan India pada 31 Julai mengenai peruntukan sehingga 20 juta tan beras
08:14di bawah skim jualan pasaran terbuka baharu telah memberi tekanan kepada pasaran global.
08:19Ini memaksa pembekal menurunkan harga untuk kekal bersaing menyebabkan pengekspor Thailand
08:25menurunkan harga tawaran sebanyak $10 hingga $15 setan berbanding minggu sebelumnya
08:32manakala Pakistan dan India turut mengurangkan harga.
08:36Sementara itu, Pengurusi Lembaga Pengarah Turunan Hightech Agriculture GSC Pam Taibin berkata
08:42sejak akhir 2024 bekalan global meningkat secara berterusan menyebabkan harga beras
08:48di peringkat global dan Vietnam jatuh.
08:51Dengan perkembangan terkini dari India, harga dijangka merosot dalam jangka sederhana
08:56dan mungkin tidak kembali ke paras tertinggi sebelum ini dalam masa terdekat.
09:01bagi memastikan pembangunan mampan sektor beras, beliau mencadangkan ekspor dipertingkatkan
09:07ke pasaran bernilai tinggi dan stabil seperti Jepun, Korea Selatan dan Kesatuan Eropa.
09:13Masih di Vietnam di mana Perdana Menterinya Pam Minh Chin mengeluarkan satu arahan menuntut
09:23langkah keselamatan dan sekuriti penerbangan negara itu diperkukuh.
09:27Memetik Vietnam Plus ia sesulan beberapa insiden yang menimbulkan kebimbangan terhadap sektor itu
09:33selepas pandemik COVID-19.
09:37Arahan dikeluarkan pada 12 Ogos itu selepas insiden pelanggaran membabitkan dua pesawat
09:43di lapangan terbang antarabangsa Noi Bai pada Jun.
09:47Minh Chin menyatakan industri penerbangan awam Vietnam mencatat pertumbuhan kukuh
09:52selepas pandemik COVID-19 ia selepas merekodkan 75.5 juta penumpang dan 1.29 juta tan kago pada 2024
10:03masing-masing meningkat 4 dan 21% berbanding tahun sebelumnya.
10:09Pada separuh pertama 2025 jumlah penumpang meningkat 10.6%
10:14manakala kago meningkat 15.1% berbanding tempoh sama tahun lalu.
10:20Berbanding tempoh puncak pra-pandemik pada 2019, angka separuh pertama tahun ini menunjukkan
10:26momentum berterusan dengan kenaikan 6.3% bagi penumpang dan 14.6% bagi kago.
10:34Selain itu, kerajaan turut merujuk pembatalan dan kelewatan penerbangan berpanjangan
10:39sehingga mengganggu keselamatan lapangan terbang dan ketenteraan awam.
10:43Selain itu, serangan saiber terhadap laman sesawang syarikat penerbangan juga
10:48menyebabkan kebocoran data pelanggan.
10:51Min Chin tegaskan pihak berwajib tidak boleh mengedepikan faktor keselamatan dan sekuriti penerbangan.
10:58Justeru beliau mengarahkan agar sistem pengurusan keselamatan dan sekuriti penerbangan
11:03memenuhi piawayan antarabangsa di samping mematuhi rangka perundangan domestik.
11:12Masih dalam sektor penerbangan di mana Institut Penyelidikan Pembangunan Thailand TDRI
11:17menjadikan kejayaan pemulihan Thai Airways International
11:20sebagai contoh utama perusahaan milik kerajaan mampu bangkit jika bebas campur tangan politik
11:26dan birokrasi kerajaan.
11:28Presiden TDRI Dr. Somkit Tangkit Vanic berkata
11:32kejayaan Thai Airways membawa harapan baru kepada negara
11:35dan membuktikan pendekatan tidak campur tangan adalah kunci kepada pembaharuan menyeluruh.
11:44Somkit menjelaskan bahawa masalah dihadapi syarikat penerbangan itu
11:48yang terwujud sebelum pandemik Covid-19
11:50dengan statusnya sebagai perusahaan milik kerajaan menjadi punca utama.
11:56Antara isu utama ialah proses perolehan yang tidak sesuai,
12:00pembayaran berlebihan bagi barangan
12:02serta penggunaan terlalu banyak jenis pesawat dan enjin
12:06yang menyukarkan dan meningkatkan kos pengurusan dan penyelenggaraan.
12:10Status sebagai perusahaan milik kerajaan juga menyukarkan
12:13tindakan undang-undang membentikan pekerja yang berprestasi rendah.
12:18Somkit mengenalpasi dua faktor utama kejayaan pemulihan syarikat penerbangan itu
12:23termasuk penyusunan semula kewangan dan organisasi secara menyeluruh.
12:29Langkah pembaharuan kewangan merangkumi lanjutan tempoh hutang,
12:33penukaran sebahagian hutang kepada ekuiti serta penjualan aset.
12:37Kerajaan Thailand diminta mempertimbangkan memanjangkan cuti bersalin
12:44dari 120 hari kepada 180 hari.
12:48Pensyarah di Fakulti Pentadbiran Sosial Universiti Tamasat,
12:51Kritsada Terakosonpong berkata ia sebagai usaha membantu negara
12:55menangani kadar kelahiran yang semakin menurun.
13:00Kritsada berkata ia juga sebahagian usaha menyelaraskan perkara itu
13:04dengan piawayanan digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO.
13:09Kritsada yang juga penasihat kepada jawatan kuasa khas Dewan Perwakilan
13:12bagi meneliti pindaan rang Undang-Undang Pelindungan Buruh berkata,
13:17dasar cuti bersalin dan dasar penjagaan kanak-kanak lain amat relevan
13:21dalam konteks masyarakat menua dan kadar kelahiran rendah yang dihadapi negara.
13:26Pada 16 Julai lalu, Dewan Perwakilan Thailand meluluskan Akta Pelindungan Buruh
13:30yang memberikan pekerja wanita cuti bersalin bergaji selama 120 hari.
13:36Selain itu, golongan bapa juga akan menikmati cuti bergaji selama 15 hari
13:40untuk membantu menjaga bayi yang baru lahir.
13:43Draf Undang-Undang ini kini akan dibawa ke Senat untuk disemak.
13:47Keputusan ini dibuat selepas pindaan daripada bacaan pertama
13:51yang memanjangkan cuti bersalin daripada 98 kepada 120 hari.
13:57Undian Muktamad menyaksikan 416 ahli parlimen menyokong
14:01hanya seorang berkecuali dan tiga tidak hadir.
14:04yang itu sekian laporan untuk ASEAN 25.
14:11Untuk hari ini, saya Syaf Syukri. Assalamualaikum.
14:13Salam Hormat.
14:14Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended