00:00Pengurusi Parti Buruh Scotland, Anna Sawar, mendesak supaya Perdana Menteri Britain, Keir Stammer, letak jawatan sesulan krisis pelantikan Peter Mendelsohn sebagai duta ke Amerika Syarikat.
00:12Ketika ini, beberapa menteri serta ahli Parlimen Britain terus menyatakan sokongan kepada Stammer yang bersetuju bahawa di sebalik kontroversi Melanda, ekonomi negara sedang dipulihkan di bawah pimpinan Perdana Menteri itu.
00:24Stammer turut menerima sokongan daripada timbalannya David Lammy, termasuk Menteri Kewangan Rachel Reeves dan Menteri Luar Yvette Cooper, selain beberapa anggota kabinet lain.
00:38Sementara itu, dalam satu kenyataan, Reeves menyatakan bahawa Stammer sedang mengemudi negara ke fasa pemulihan yang lebih baik.
00:46Manakala, Lammy melalui Platform X menegaskan tiada apa yang harus mengganggu usaha kerajaan melaksanakan perubahan di Britain sambil menyatakan sokongan penuh terhadap Stammer.
00:58Bagaimanapun, menurut laporan dikeluarkan agensi antarabangsa, rekod pentadbiran Stammer kini terus menjadi perhatian termasuk beberapa kesilapan dan perubahan dasar yang menjejaskan prestasinya hampir dua tahun selepas memegang jawatan.
01:13Nama Stammer semakin hangat diperkatakan susulan krisis melibatkan Mendelssohn.
01:19Ia tercetur selepas Jabatan Kehakiman AS mendedahkan file sulit bulan lalu yang mengandungi email di mana Stammer didakwa membocorkan perbincangan mengenai kemungkinan penjualan aset UK dan perubahan cukai kepada pesalah seks Jeffrey Epstein ketika kemelut kewangan global melanda.
Comments