Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kira-kira 180 rakyat Palestin meninggalkan Semenanjung Gaza sejak pembukaan semula secara terhad pintu sempadan Rafah dengan Mesir seminggu lalu.
Transcript
00:00Kira-kira 180 rakyat Palestine meninggalkan semenanjung Gaza sejak pembukaan semula secara terhad pintu sempadan Rafah dengan Mesir seminggu lalu.
00:09Pintu Rafah satu-satunya laluan keluar penduduk Gaza ke dunia luar yang tidak melalui Israel dibuka semula untuk pergerakan orang ramai pada 2 Februari lalu hampir dua tahun
00:18selepas tentera Israel merampas kawalan pintu tersebut semasa perang dengan Hamas.
00:24Menurut Ketua Pejabat Media yang dikendalikan Hamas, Ismail Al-Tawabtih, antara Isnin hingga Kamis, seramai 135 orang menyeberang dari Gaza ke Mesir melalui pintu itu, kebanyakannya pesakit dan pengirim mereka.
00:42Statistik rasmi pergerakan di pintu Rafah dari Isnin 2 Februari 2026 hingga Kamis 5 Februari 2026 menunjukkan sekatan perjalanan yang sangat ketat.
00:53Beliau berkata, pintu sempadan itu turut ditutup pada Jumaat dan Sabtu.
00:59Pada ahad, seramai 44 lagi penduduk Gaza meninggalkan wilayah itu melalui pintu berkenaan ke Mesir.
01:06Mereka termasuk 19 pesakit manakala selebihnya merupakan pengiring.
01:11Sumber di pihak Mesir di sempadan turut mengesahkan angka berkenaan bagi mereka yang melalui pintu masuk itu pada ahad.
01:18Ia menjadikan jumlah keseluruhan kepada 179 orang yang keluar dari semenanjung Gaza.
01:26Perjalanan melalui pintu Rafah juga berlaku dalam arah bertentangan dengan puluhan orang kembali ke Gaza dalam tempoh sama.
01:3488 orang memasuki semenanjung Gaza dari Mesir sejak pintu itu dibuka.
01:39Kebanyakannya bertemu semula dengan keluarga mereka dalam suasana penuh emosi.
01:44Israel membenarkan pembukaan semula pintu Rafah pada Isnin susulan tekanan Amerika Syarikat
01:50namun setakat ini hanya menghadkan pergerakan kepada pesakit dan ahli keluarga yang mengiringi mereka.
01:58Pembukaan semula Rafah telah lama dituntut oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dan Organisasi Bantuan
02:04serta menjadi elemen penting dalam Plan Gejata Senjata Gaza oleh Presiden Donald Trump ketika keadaan kemanusiaan di wilayah itu kekal kritikal.
Comments

Recommended