00:00Mesir bersedia membelanjakan 1 bilion dolar Amerika bagi membangunkan sebuah pusat peranginan lengkap bersama hotel, marina serta kawasan perumahan baru di Laut Merah.
00:12Menurut Perdana Menteri Mesir Mustafa Makbuli, ia bagi merancakan lagi sektor pelancongan di negara tersebut.
00:30Menteri Mesir Menteri Mesir
01:00Labi menyatakan projek yang dinamakan Menara dan Marina Monte Gallala itu dijadualkan bermula pada separuh kedua tahun ini dan dijangka mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan.
01:11Selain itu, projek melibatkan pembinaan sepuluh menara tersebut merupakan kerjasama antara pihak pemaju dengan Kementerian Perumahan serta beberapa agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa, Kejuruteraan Angkatan Tentera.
01:25Jelasnya, projek berkenaan meliputi kawasan seluas 470,000 meter persegi di Teluk Suas, kira-kira 35 km di selatan Ain Sokna.
01:36Sehubungan itu, Kerajaan Mesir menyasarkan peningkatan ketibaan pelancong sekitar 30 juta orang menjelang tahun 2030 berbanding kira-kira 19 juta pelancong yang direkodkan Kementerian Pelancongan pada tahun 2025.
Comments