Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
United Kingdom mengecam serangan dron ke atas orang awam di Sudan yang berterusan meskipun beberapa kepungan tentera ditamatkan. PBB melaporkan puluhan kematian dan ratusan kecederaan orang awam akibat serangan oleh kedua-dua pihak bertelagah, ketika krisis kemanusiaan di Sudan semakin meruncing.
Transcript
00:00Pemangku Duta United Kingdom Kepertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB James Karuki mengecam siri serangan drone yang berterusan di Sudan termasuk yang mengorbankan orang awam.
00:10Beliau membuat kenyataan tersebut menjelang mesyuarat tertutup badan dunia itu di New York.
00:17Ketua Hak Asasi Manusia PBB Volker Turk sebelum ini memaklumkan bahawa serangan drone maut ke atas orang awam masih berterusan
00:24walaupun tentera Sudan telah menamatkan kepungan berpanjangan di beberapa bandara selatan yang sebelum ini dikuasai pasukan separa tentera Rapid Support Forces RSF.
00:35Wilayah Kordofan yang merangkumi tiga negeri kini muncul sebagai barisan hadapan terbaru dalam konflik Sudan yang hampir memasuki tahun ketiga
00:43dengan jutaan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman serta mencetuskan krisis kemanusiaan berpanjangan.
00:48tentera Sudan mendakwa kepungan RSF di Bandar Al-Dalanj ditamatkan pada akhir Januari manakala kepungan di Kadugli berakhir awal Februari.
00:58Penduduk di kedua-dua bandar itu sebelum ini berdepan kekurangan makanan dan bekalan perubatan akibat sekatan laluan bekalan.
01:04Dalam ucapannya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Volker Turk berkata serangan drone oleh kedua-dua pihak bertelagah masih berterusan.
01:13Menurut beliau, pejabatnya merekodkan lebih 90 kematian orang awam dan 142 kecederaan akibat serangan drone yang dilakukan oleh RSF dan Angkatan Bersenjata Sudan dari akhir Januari hingga 6 Februari.
01:26James Keriki turut mengecam sekatan laluan perdagangan, gangguan rantaian bekalan serta halangan terhadap bantuan kemanusiaan di Daffer sambil menegaskan bahawa kebeluran tidak boleh dijadikan senjata perang.
Comments

Recommended