00:00Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar sederhana pada tahun 2026 walaupun berdepan ketidakpastian pertanggangan global yang semakin meningkat dan permintaan luaran yang perlahan, menurut kenyataan Pra Belanjawan 2026.
00:14Menurut kenyataan yang diterbitkan Kementerian Kewangan MOF, pertumbuhan ekonomi negara didorong permintaan domestik yang berdaya tahan terutamanya melalui pelaburan swasta, pekerjaan stabil dan langkah peningkatan pendapatan seperti bantuan tunai bersasar serta kenaikan gaji.
00:32Katanya sektor pelancongan yang digerakkan oleh Tahun Melawak Malaysia 2026 juga dijangka menyumbang secara ketara kepada pertumbuhan.
00:40Belanjawan 2026 akan mengutamakan pengukuhan sumber pertumbuhan domestik ke pelbagaian pasaran ekspor dan meluaskan peluang pendapatan isi rumah.
00:49Pelaburan awam dipertingkat melalui projek strategik di bawah rancangan Malaysia ke-13 dan peningkatan pelaburan langsung domestik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan melalui program Gear Up sekaligus mengukuhkan asas bagi daya tahan ekonomi yang inklusif dan mampan.
Be the first to comment