Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Mahkamah Persekutuan akan putuskan hari ini sama ada bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad, bebas tuduhan rasuah atau jalani hukuman penjara.
Transcript
00:00Hari ini bekas pengerusi Felda, Tan Sri Muhammad Isya Samad akan mengetahui sama ada beliau akan terus bebas atau diarahkan menjalani hukuman penjara atas sembilan tuduhan rasuah berjumlah RM3.9 juta.
00:13Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Hakim Dato' Nordin Hassan, Dato' Li Sui Seng dan Dato' Cik Muhammad Ruzima Ghazali akan mengumumkan keputusan terhadap rayuan akhir pihak pendawaan terhadap pembebasan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
00:30Pihak pendawaan berhasrat mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2001 yang mendapati Muhammad Isya bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah membabitkan RM3.09 juta serta menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta dengan tambahan 18 tahun penjara sekiranya gagal membayar denda.
00:50Muhammad Isya dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024.
00:58Keputusan itu mendorong pihak pendawaan merayu ke Mahkamah Persekutuan.
01:02Panel Hakim mendengar rayuan itu pada Khamis lalu dan menetapkan 10 Februari untuk keputusan.
01:06Muhammad Isya didakwa menerima RM3.09 juta dalam bentuk suapan melalui bekas pegawai khasnya Muhammad Zahid Mat Arif daripada bekas ahli lembaga pengarah ALP Syarikat Gegasan Abadi Properties Niam Berhad, Ikwan Zaidal.
01:20Ia sebagai ganjaran atas peranannya memudahkan kelulusan Felda Investment Corporation Sedan Berhad bagi pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak pada harga RM160 juta.
01:31Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di tingkat 49 Menara Felda, Platinum Park, persiaran KLCC Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.
01:43Pendakwa raya Afzai Nizam Abdul Aziz selaku perayu dan pegawai Muhammad Issa M. Atimulan.
01:50Masih Tahir
Comments

Recommended