Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Status terkini tibi, isu penjualan tiket semasa perayaan dan kejayaan Dasar Kanak-kanak Negara menjadi antara tumpuan yang dibangkitkan di mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Transcript
00:00Status terkini kes TB, pengharaman import sisa elektronik dan kejayaan dasar pelaksanaan dasar kanak-kanak negara menjadi antara tumpuan perbahasan di sidang Dewan Rakyat hari ini.
00:11Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu dibangkitkan pada sesi soal jawab Menteri sejurus sidang bermula pada 10 pagi.
00:20Antara lain pada sesi itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi meminta kesihatan menyatakan status terkini kluster TB mengikut negeri serta jumlah kes aktif yang masih dipantau.
00:33Beliau juga mahu tahu langkah saringan serta kawalan khusus yang telah dilaksanakan di institusi berisiko tinggi seperti sekolah berasrama, penjara dan asrama pekerja bagi mencegah penularan.
00:43Pada sesi sama juga, Ku Poi Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka pula meminta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkongsi faktor kerajaan mengharamkan pengimportan sisa elektronik berkuat kuasa
00:55suatu merta mulai 4 Februari 2016 dan tindakan kementerian untuk melupuskan bekalan e-waste yang dibawa masuk ke Malaysia secara haram sebelum ini.
01:04Sementara itu, isu tiket sempena perayaan dibangkitkan Ahli Parlimen Ipoh Timur di mana beliau mahu Menteri Pengangkutan menyatakan status penjualan
01:11serta jumlah tiket tambahan, perkhidmatan, ETS dan ekspres timuran yang telah dilaksanakan oleh KTMB sempena perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.
01:21Ahli Parlimen Jelun Dr. Abdul Ghani Ahmad pula meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan
01:27sejauh mana kejayaan pelaksanaan dasar kanak-kanak negara DKN 2009-2015 dan perancangan yang holistik terhadap DKN bagi menjamin kebajikan,
01:38kesejahteraan serta keselamatan kanak-kanak sebagai penyambung generasi akan datang.
01:43Mesyuarat kemudian diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang Rapid Transit Sistem Link Johor Baru, Singapura 2006
01:49bagi bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri.
01:52Ia disusuli sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja oleh Kementerian-Kementerian berkaitan.
01:59Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 20 hari hingga 3 Mac ini.
02:03Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended