00:00Airbnb mencatatkan sumbangan kukuh kepada ekonomi Malaysia dengan menjana impak ekonomi sebanyak RM9.2 bilion pada 2024.
00:09Menurut laporan firma penyelidikan antarabangsa Oxford Economics, angka ini mewakili 5% daripada keseluruhan sumbangan industri pelancongan kepada keluaran dalam negara kasar KDNK negara.
00:20Airbnb turut menyokong kira-kira 93,600 pekerjaan serta menyumbang RM2.1 bilion dalam bentuk gaji kepada rakyat Malaysia sekaligus memperkukuh pemulihan pelancongan pasca pandemik.
00:36Pengarah Perundingan Ekonomi Asia di Oxford Economics, James Lambert berkata, perata perbelanjaan harian tetamu direkodkan berjumlah RM640 dengan RM290 dibelanjakan untuk restoran dan beli belah.
00:50Manakala RM160 untuk seni dan hiburan, RM110 untuk barangan runcit dan RM140 untuk pengangkutan.
00:57Laporan itu menyatakan 67% tetamu Airbnb merupakan pelancong tempatan mengatasi parah sebelum pandemik iaitu pada 2019,
01:05manakala tetamu antarabangsa mewakili 33% menunjukkan peningkatan lebih 2 kali ganda berbanding 2022.
01:13Sementara itu, kawasan luar bandar Malaysia turut menikmati limpahan apabila lebih separuh daripada perbelanjaan tetamu Airbnb berlaku di luar Kuala Lumpur dan Selangor.
01:23Laporan sama menunjukkan perbelanjaan penginapan di kawasan bukan bandar meningkat 68% berbanding 2019.
01:30Tambahnya secara tidak langsung, aktiviti Airbnb menyumbang kepada pelbagai sektor ekonomi lain.
01:37Ini termasuk pembuatan sebanyak RM1.4 bilion, pengangkutan dan penyimpanan RM1.2 bilion,
01:44makanan dan minuman RM1.2 bilion, serta perdagangan borong dan runcit RM1 bilion.
01:48Terima kasih telah menonton!
Comments