Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyeru tindakan segera untuk membendung kebuluran di Gaza sambil menyifatkan krisis kemanusiaan itu sebagai krisis moral. Pada masa sama, Presiden AS, Donald Trump, dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi isyarat bahawa rundingan gencatan senjata dengan Hamas telah gagal, sekali gus membayangkan tindakan ketenteraan akan diteruskan.
00:00Seterusaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Antonio Guterres menyeru tindakan segera diambil bagi membendung kebuluran yang semakin meruncing di Gaza,
00:10sambil menyifatkan krisis kemanusiaan di wilayah itu sebagai cabaran terhadap hati nurani global.
00:16Berucap secara dalam talian di Perhimpunan Agung Amnesty International, Guterres mengulangi kecamannya terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu,
00:24namun menegaskan bahawa tiada justifikasi terhadap siri kematian dan kemusnahan yang berlaku sejak itu.
00:33Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
00:38masih-masih memberi isyarat bahawa rundingan gencatan senjata dengan Hamas kini berada di penghujung jalan.
00:44Netanyahu maklumkan bahawa Israel sedang menilai pilihan alternatif bagi mencapai matlamat untuk membawa pulang tebusan
00:51dan menamatkan pemerintahan Hamas di Gaza, wilayah yang kini lumpuh dengan sebahagian besar penduduk kehilangan tempat tinggal dan kelaparan.
00:59Trump pula menegaskan bahawa pemimpin Hamas kini akan diburu.
01:02Kenyataan keras kedua-dua pemimpin itu mengurangkan prospek sebarang gencatan senjata dalam masa terdekat.
01:07Ini sekaligus meningkatkan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap penderitaan yang semakin meruncing di Gaza.
Be the first to comment