00:00Nilai jualan keseluruhan RM3.6 bilion dilaburkan untuk menarik minat belia di Melaka mencemburi sektor pertanian menerusi peluasan penggunaan teknologi moden berskala besar.
00:12Menurut dapatan Interim Pertanian Negeri Melaka 2024, penglibatan belia hanya 10.1% ataupun 1,316 orang manakala lebih separuh pengusaha pertanian berumur 60 tahun ke atas atau 55.3%.
00:26Cabaran timbul apabila peratus tertinggi pengusaha pertanian adalah warga emas, Kerajaan Negeri Melaka komited melakukan satu transformasi pertanian bagi memastikan ia satu bentuk kerjaya yang boleh diwarisi generasi akan datang.
00:43Selain itu, akses kepada geran, latihan moden dan peluang pasaran juga akan diperluaskan kepada belia sebagai usaha mengubah persepsi bahawa pertanian bukan lagi kerja tradisional tetapi satu kerjaya profesional yang lumayan.
00:58Seterusnya, Kerajaan Negeri komited untuk memperkukuh pengusaha tanah agar pengusaha kecil dalam pertanian dapat menikmati faedah skala ekonomi yang lebih besar.
01:07Ia berikutan keluasan bertanam di Melaka direkodkan seluas 77,900 hektare melibatkan 24,000 hektare oleh pegangan individu dan 53,400 hektare oleh pertubuhan.
01:20Dengan jumlah tersebut, pengusaha individu dilihat berdepan dengan cabaran saiz tanah yang kecil sekaligus menjejaskan hasil dan pendapatan mereka.
Be the first to comment