00:00Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa committed untuk menangani isu ketidakpadanan khusus dengan keperluan pasaran kerja semasa.
00:09Antara langkah yang dilaksanakan adalah dengan membangunkan dokumen jaminan kualiti,
00:14seperti Code Amalan Akreditasi Program atau dengan izin Code of Practice for Program Akreditation,
00:21COPPA sebagai rujukan piawayan dan panduan kepada institusi pendidikan tinggi
00:27dalam membangunkan program yang berkualiti mengambil kira keperluan pasaran buruh.
00:33Antara standar yang ditetapkan di dalam COPPA ialah IPT perlu menjalankan analisis keperluan
00:38dari segi kajian keperluan pasaran dan keboleh pasaran geraduan sebelum sesuatu program diberi pertimbangan untuk penawaran.
00:47Setelah program mula ditawarkan, semakan semula secara berkala dan penambahbaikan berterusan terus dilaksanakan.
00:53Bagi kursus pengajian yang bernaung di bawah badan profesional, penawaran kursus turut memenuhi kriteria yang ditetapkan
01:00oleh Jatuan Kuasa Teknikal bersama bagi memastikan kursus pengajian yang ditawarkan memenuhi kerangka kelahakan Malaysia, MQF.
01:09Walaubagaimanapun, Kementerian masih memberi fleksibiliti kepada IPT untuk membangunkan kurikulum baru
01:14atau menambah baik kurikulum sedia ada mengikut kehendak pasaran bagi memastikan kualiti kursus pengajian dan kurikulum adalah mantap
01:23setelah pengalaman pelajar dapat lebih diperkayakan.
01:26Kementerian juga menitikberatkan penglibatan pihak industri dalam membangunkan kurikulum kursus pengajian terbaru
01:33dan menjajarkan semula kurikulum kursus pengajian sedia ada bagi memenuhi keperluan industri dan teknologi semasa.
01:40Penawaran program secara work-based learning dan 2U2I, 2 tahun di universiti, 2 tahun di industri
01:51berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh agensi kelahakan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Tinggi.
01:58Dalam usaha membendung isu ketidaksapadanan penawaran kursus dengan keperluan semasa industri,
02:04Kementerian turut melaksanakan pelbagai langkah.
02:06Misalnya, yang pertama, pelaksanaan program seperti CEO at Faculty, CEO at PoliCC, Industry at On Campus,
02:16Industry Education Center, Industry at University, 2U2I dan Structured Internship Program, SIP.
02:24Yang kedua, menandatangani pelbagai memorandum persepahaman dengan pihak industri dan agensi berkepentingan.
02:31Misalnya, MOU di antara pihak KPT dan dengan SIRIM, The Chartered Institute of Logistics and Transport, CILT,
02:42Malaysia, The Association of Chartered Certified Accountants, ACCA, dan yang terkini bersama pihak Malaysia Rail Link Sedan Bahad, MRL.
02:52Usaha ini bertujuan untuk memberi perkongsian pengetahuan teknikal berasaskan industri 4.0, penyelidikan, penerbitan, inovasi, dan pengkomersialan.
03:02Dan yang ketiga, KPT juga melaksanakan kolaborasi dengan kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Sumber Manusia,
03:11Pertumbuhan Keselamatan Sosial, Perkeso, Talent Corp, Malaysia Digital Economy Cooperation, MDEC, dan LinkedIn Malaysia dalam memperkasa kerjasama untuk menyokong keperluan tenaga kerja negara.
03:26Sekian, terima kasih.
03:32Terima kasih.
Comments