Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Menteri Pertanian Indonesia meminta rakyat bersyukur dengan kestabilan harga makanan di negara itu, khususnya beras, yang menurutnya jauh lebih murah berbanding negara jiran dan negara maju.

Andi Amran Sulaiman berkata, harga beras di Indonesia kekal di bawah 1 dolar Amerika sekilogram, manakala di Jepun mencecah 6 dolar bagi kuantiti yang sama.
Transcript
00:00Menteri Pertanian Indonesia meminta rakyat bersyukur dengan kestabilan harga makanan di negara itu, terutama beras yang menurutnya jauh lebih murah berbanding negara jiran dan negara maju.
00:12Andi Amran Sulaiman berkata harga beras di Jepun kini mencucah $6 sekilogram, manakala di Indonesia masih di bawah $1 bagi kuantiti yang sama.
00:21Jelas Amran, kestabilan harga itu tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya ia adalah hasil usaha kerajaan dalam memastikan bekalan beras dalam negara mencukupi.
00:33Katanya antara langkah yang diambil termasuk menambah kawasan penanaman padi, menyimpan stok simpanan beras pada paras selamat dan menyegerakan bantuan agihan beras kepada isi rumah berpendapatan rendah.
00:44Beliau menambah kerajaan juga menyalurkan subsidi baja dan sokongan logistik kepada petani agar pengeluaran tidak terganggu.
00:51Menurut Amran lagi, dalam keadaan banyak negara kini berdepan krisis makanan akibat cuaca tidak menentu dan konflik geopolitik, rakyat Indonesia perlu sedar, mereka masih bernasib baik.
01:02Beliau turut memberi jaminan kementeriannya akan terus memantau rantaian bekalan dan harga pasaran beras agar ia kekal mampu milik untuk semua lapisan rakyat.
01:12Bagi memastikan ia berhasil, Amran berkata pihak yang berharap agar belanjawan kementerian pertanian bagi 2026 dinaikkan daripada $859 juta kepada $2.79 bilion untuk memperkukuh pengeluaran komoditi strategik.
01:30Kementerian pertanian telah memulakan kerjasama dengan Kementerian Tenaga Kerja untuk membangunkan kluster pertanian modern di lima wilayah utama.
01:39Program ini melibatkan penempatan sehingga 500 tenaga pengajar teknikal dan pengagihan kira-kira 7,000 unit misin pertanian kepada petani milenial bagi meningkatkan kecakapan pengeluaran pertanian.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended