00:00Tindakan undang-undang lebih tegas perlu diambil bagi kesalahan mencuri kabel berikutan jenayah itu bukan kesalahan biasa, sebaliknya membabitkan keselamatan awam.
00:11Menteri Pengangkutan MOT Anthony Locke berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.
00:24Katanya, beliau juga secara terbuka sebelum ini telah meminta pihak polis mengambil tindakan bukan hanya di bawah kesalahan mencuri kerana perbuatan ini membabitkan keselamatan umum dan menjejaskan keselamatan awam serta negara.
00:38Locke berkata demikian ketika ditanya berkenaan kebimbangan berhubung kes kecurian kabel yang boleh menjejaskan perancangan dan jadual operasi tren projek laluan ril pantai timur, ECRL.
00:51Kebimbangan itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Darwis Abdul Razak memaklumkan, beberapa kejadian kecurian kabel dikesan di lokasi tertentu sepanjang jajaran ECRL merentas Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
01:06Bercakap kepada pemberita di Beijing, China semalam, Darwis berkata perkara itu bukan saja meningkatkan kos baik pulih dan penggantian, malah berisiko menunda jadual ujian dan pentaulian tren yang dijangka bermula Jun 2026.
01:22Nam.