00:00Perjanjian ASEAN mengenai pencemaran jerebu rentas sempadan ataupun AATHP.
00:05Kerajaan berpandangan bahawa perjanjian ini kekal relevan sebagai kerangka kerjasama serantau
00:12untuk kita menangani pencemaran jerebu rentas sempadan khususnya melalui pemantauan,
00:19perkongsian maklumat, amaran awal, pencegahan dan penyelarasan tindakan semua negara anggota ASEAN.
00:26Walaubagaimanapun, si mana tadi yang disebutkan oleh yang berhormat, perjanjian ini dia ada juga kekangan dia.
00:33Maksudnya dia tidak memperuntukkan mekanisme penguatkuasaan antara negara ataupun ada tuntutan ganti rugi.
00:42Mekanisme itu pun tidak diperuntukkan di bawah perjanjian ini.
00:46Perjanjian ini dia berteraskan kepada prinsip kerjasama, konsensus, penghormatan terhadap kedaulatan negara
00:53dengan tanggungjawab penguatkuasaan terhadap pihak yang menyebabkan kebakaran
00:57tertakluk kepada bidang kuasa serta undang-undang domestik negara berkenaan.
01:02Sebab itu sebarang cadangan untuk kita perkenalkan mekanisme penguatkuasaan ataupun tuntutan ganti rugi
01:08dia memerlukan penelitian yang menyeluruh daripada aspek perundangan, bidang kuasa, hubungan diplomatik
01:14serta juga yang tidak kurang pentingnya adalah pembuktian
01:17yang berita terkini mengenai kebunangan ini.