Skip to playerSkip to main content
Lumba haram: Tiga lelaki termasuk warga Singapura didenda RM3,500

Seorang remaja warga Singapura antara tiga lelaki yang didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Selasa, selepas mengaku bersalah atas kesalahan berkaitan aksi lumba dan menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Linkedua Malaysia-Singapura, bulan lalu.

Ketiga-tiga tertuduh ialah Syajahan Alfian Abdullah, 19, Muhammad Daniel Hakim Mohamad Rashid, 24, dan Gonzales Mckhovic anak George, 18.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803039/berita/semasa/lumba-haram-tiga-lelaki-termasuk-warga-singapura-didenda-rm3500

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #lumbaharam

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang remaja warga Singapura antara tiga lelaki yang didenda RM3500 oleh Mahkamah Magistret Johor Bahru pada selasa selepas mengaku bersalah
00:11atas kesalahan berkaitan aksi lumba dan menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuh Raya Ling Dua, Malaysia-Singapura bulan lalu.
00:20Ketiga-tiga tertuduh ialah Syajahan Alfian Abdullah, 19 tahun, Muhammad Daniel Hakim Muhammad Rashid, 24 tahun dan Gonzales Mekovic, anak
00:30George, 18 tahun.
00:32Syajahan merupakan warga Singapura manakala dua lagi tertuduh masing-masing didenda RM3500 atau penjara 4 bulan jika gagal membayar denda
00:42selepas pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Magistret Nur Fatin Muhammad Farid.
00:48Mengikut kertas pertuduhan, Syajahan Alfian Abdullah, 19, yang masih menjalani latihan khidmat negara di Singapura, didakwa menunggang motosikal pada kelajuan
00:58tinggi serta melakukan aksi menduga kelajuan di kilometer 12.5, Lebuh Raya Ling Dua, arah selatan, kira-kira jam 2
01:07.10 pagi, 18 Oktober lalu.
01:10Dia didakwa mengikut Seksyen 42A, Kurungan 2, Akta Pengangkutan Jalan 1987, pindaan 2026.
01:19Sementara itu, Muhammad Daniel Hakim Muhammad Rashid dan Gonzales Mekovic, anak George, didakwa berlumba motosikal masing-masing di Lebuh Raya
01:27Ling Dua, arah utara, bermula dari kilometer 7.8 hingga kilometer 18.2, kira-kira jam 2.10 pagi, pada
01:3618 Oktober 2026.
01:38Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 42A, Kurungan 1, Akta Pengangkutan Jalan 1987, pindaan 2026.

Recommended