Skip to playerSkip to main content
Malaysia antara negara yang berpotensi menjadi sasaran serangan siber berikutan kekuatan negara dalam sektor digital dan pusat data selain pendirian berhubung isu Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh kerajaan, namun tidak semua butiran berkaitan ancaman berkenaan boleh didedahkan kepada umum.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803046/berita/nasional/malaysia-berpotensi-jadi-sasaran-serangan-siber-ndash-pm

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #ancamansiber #pm

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekali ini seperti yang saya singgung, walaupun tidak semua maklumat itu boleh didedahkan, tetapi Malaysia tentunya diantara yang dianggap menjadi
00:11sasaran, dua perkara.
00:14Pertama, kekuatan kita dalam soal digital dan data center, diantara terkuat. Kalau dalam angka terakhir, umpamanya kekuatan kita itu boleh
00:26menyaingi Eropah.
00:28Dan kedua, kerana pendirian kita agak tegas dalam beberapa isu yang dianggap kontroversial oleh setengah negara, terutama Eropah dan Amerika,
00:39terutama soal Palestine dan Gaza.
00:42Tapi saya ingat oleh kerana beluran bangkitkan, saya akan kalau dipersetujui oleh ahli parlamen, saya boleh minta Ketua Pengarah Malik
00:52Selatan Negara untuk memberikan taklimat khas tertutup kepada semua ahli parlamen dalam tempoh satu dua hari ini, kalau dipersetujui oleh
01:00kedua-dua pihak.
01:01Saya percaya perkara ini sangat penting kerana daripada maklumat yang diperlukan petang semalam dan juga pagi tadi dari Menteri Dalam
01:14Negeri juga.
01:14Hal ini jangan kita pandang ringan. Jadi saya mohon kerjasama semua di parlamen, kerajaan dan pembangkang untuk memberikan ruang kepada
01:26MKN dalam tempoh satu dua hari untuk mendengar sendiri perkembangan mutakhir.
01:32Terima kasih kerana menonton!

Recommended