- 10 months ago
Ulasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST) mengenai langkah kerajaan meluaskan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan kesannya kepada rakyat Malaysia.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Irfan Faruqi dan ini Pantau Agenda Reformasi dan waktu ini kita berikan tumpuan kepada keputusan kerajaan untuk melaksanakan peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan SST yang akan bermula pada 1 Julai ini dan bagaimanakah kesan dan juga persepsi rakyat terhadap pelaksanaan ini jika diseimbangkan dengan keperluan kerajaan untuk meningkatkan pendapatannya.
00:29Tapi untuk waktu ini antara perkembangan yang boleh kita bawakan termasuklah laporan berkenaan dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seriwak Ibrahim yang menyatakan bahawa semua jabatan kerajaan disarankan untuk tidak menggunakan barangan import seperti buah-buahan dalam sebarang acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan buah-buahan dan juga produk tempatan.
00:47Datuk Seriwak Ibrahim berkata langkah itu bukan sahaja menyokong pertumbuhan ekonomi negara, susulan peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan SST ke atas barangan import, malah turut membuka lebih banyak peluang kepada petani tempatan untuk memasarkan hasil mereka.
01:02Tak umpamanya sekarang ini, kita kata import buah-buahan pun jadi isu besar.
01:09Kita makan avocado, orang yang dulu makan quinoa.
01:13Menurutnya, saya kata makanlah buah tempatan.
01:18Ini treasury dah bagi arahan, no imported fruits.
01:22Saya tengok orange yang ada lagi?
01:26Dah, guawah.
01:29Jadi, kalau seluruh jabatan kerajaan, maknanya peluang petani itu mengeluarkan bahan-bahan tempatan lebih banyak.
01:43Sudah semua ikut, sebagainya ikut saya dalam beberapa, datuk pergi kunjung-kunjung loran ke.
01:47Saya ingat, Laos, Vietnam, Thailand, saya belum pernah makan dalam percara-percara rasmi jemputan kerajaan-kerajaan ini dengan bahan makanan import.
02:02Tak ada.
02:03Secara otomatis, dia memastikan makanan tempatan.
02:08Sebab itu, kita bagi arahan seluruh jabatan kerajaan ini, tak ada bahan import.
02:14Nak makan codfish, boleh.
02:16Sendiri-sendiri.
02:17Ini kadang-kadang yang saya tengok dulu, dari sepedana, masa tetamu luar, codfish.
02:26Hei, saya kata.
02:28Tak payahlah.
02:31Tak mahu bagi ikan keli, tak balas dengan orang keli.
02:33Saya suka ikan keli.
02:35Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seriat Ibrahim juga memberikan jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan harga RON95 meskipun berlaku luncakan mendadak harga minyak mentah di pasaran global.
02:48Sesulan ketegangan geopolitik melibatkan Iran dan Israel.
02:52Beliau berkata, walaupun kenaikan harga memberi manfaat kepada syarikat petrolium, seperti Malaysia, kerajaan berusaha untuk tidak membebankan rakyat dengan kenaikan harga bahan api dalam negara.
03:03Dalam masa sama, beliau menekankan dasar fiskal termasuk pelaksanaan semula cukai, perkhidmatan dan jualan SST perlu dilaksanakan dengan teliti serta tidak memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan M40.
03:16Selain itu, katanya kerajaan akan memberi penjelasan kepada sebarang produk yang dikenakan SST.
03:21Beliau turut mencadangkan jabatan dan agensi kerajaan menghidangkan buah tempatan sebagai usaha menyokong pengeluaran dalam negara.
03:27Anwar berkata, kerajaan bersedia untuk meneliti semula senarai barangan atau perkhidmatannya dikenakan cukai jika wujud kekeliruan atau ketidakadilan dalam pelaksanaannya.
03:36Mengulas lanjut isu SST ke atas institusi pendidikan, Perdana Menteri menjelaskan bahawa cukai hanya dikenakan terhadap sekolah terbangsa yang mengenakan yuran melebihi satu amount tertentu yang tertinggi.
03:47Anwar turut menegaskan bahawa hasil cukai akan digunakan untuk membiahi keperluan rakyat seperti pembinaan sekolah dan penawarbaikan fasiliti kesihatan awam.
03:56Anwar yang juga Presiden PKR berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR Johor pada Khamis.
04:03Untuk mengulas lanjut khususnya berkenaan dengan peluasan cukai jualan dan perkhidmatan SST ketika ini kita bersama dengan Prof. Emeritus Dr. Barajai Bardai, Provost Malaysia University of Science and Technology.
04:18Terima kasih Prof bersama kita di waktu petang ini.
04:20Mungkin kita dapatkan dahulu kenyataan awal Prof berdasarkan kepada peluasan cukai yang akan dilaksanakan pada 1 Julai.
04:26Sekurang-kurangnya mungkin pendapatan itu banyak bagi pengguna untuk cukai jualan kerana ada beberapa item yang dianggap sebagai item yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia walaupun ia barangan import.
04:40Dan pada pihak pengusaha kecil dan sederhana pula melihat kepada cukai perkhidmatan antara lain berkenaan dengan sewa pajakan sehingga 8% kenaikan yang dianggap sebagai suatu kadar yang agak mendadak.
04:52Pada pandangan Prof, sejak manakah ia sebenarnya akan memberikan kesan kepada pengguna umum dan juga SME kita Prof?
05:00Terima kasih Cik Irfan. Bismillahirrahmanirrahim. Matlamat pokok perluasan skop dan kadar di dalam SST ini ialah pertama dia nak meningkatkan hasil dan kerajaan menganggarkan dia akan dapat mengutip 52 bilion.
05:19Bila SST dimulakan pada tahun 2019 kertipannya hanya 29 bilion berbanding dengan 42 bilion GST.
05:29So hari ini dianggarkan 52 bilion. Ini satu dia nak membuktikan bahawa SST adalah boleh jadi lebih produktif daripada GST.
05:40Keduanya dia cuba untuk mewujudkan kesan progresif di dalam sistem pertukaian kerana dikatakan hanya barang-barang yang digunakan oleh kumpulan T10 yang akan dicukar.
05:57Barang-barang mewah dan perkhidmatan mewah. Jadi itu dua matlamatnya. Jadi kalau dikaitkan dengan kesan kepada pengguna,
06:08saya rasa pasti ada kesan kepada pengguna kerana apa juga inisiatif kerajaan yang meningkatkan kadar cukai, membawa masuk skop baru lah menyebabkan peniaga-peniaga,
06:28tak kira peniaga kecil, sederhana atau mikro akan merasa resah dan mereka akan mengambil jalan selamat dan meningkatkan harga.
06:37Dan ini tentu akan akhirnya pergi kepada pengguna yang akan kerja jas kerana mereka akan melihat barang-barang makanan yang ditempah bawa balik,
06:51barang-barang di restoran dan barang-barang di supermarket, hypermarket juga akan meningkat.
06:58Jadi ini merupakan kerisauan yang sedang difikirkan oleh semua isi rumah hari ini.
07:06Ya, tetapi untuk berlaku adil Prof, kalau kita lihat kepada cukai perkhidmatan sebagai contoh,
07:14walaupun kita membimbang berkenaan bagaimana kesannya kepada syarikat perniagaan kecil dan sederhana,
07:19tapi sekurang-kurang berdasar kepada kenyataan Kementerian Keuangan,
07:23sudah pun meletakkan dengan jelas berkenaan dengan nilai ambang perniagaan-perniagaan mana yang akan terjejak.
07:28Sebagai contoh, untuk perkhidmatan jagaan kesihatan,
07:31yang mana cukai perkhidmatan yang dikenakan adalah pada kadar 6%.
07:35Tetapi nilai ambangnya ialah bagi perkhidmatan kesihatan yang mendapat pendapatan bercukai yang mencapai 1.5 juta dalam tempoh 12 bulan.
07:47Itu contoh. Contoh lain dari satu pendidikan dengan kadar cukai perkhidmatan 6% yang akan dikuasakan.
07:54Dan nilai ambang yang ditetapkan oleh MOF ialah prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah yang mengenakan yurai pengajian melebihi RM60,000 bagi setiap tahun akademik.
08:06Fahaman kita ialah ini merupakan syarikat-syarikat besar dan mestipun ia sekolah sebagai contoh,
08:10ia merupakan sekolah elit dengan yuran RM60,000 setahun,
08:14yang mana kebanyakan dan majoriti rakyat Malaysia tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah sedemikian.
08:19Pesokan saya ialah ini merupakan cukai yang sebenarnya adil dalam sudut kelas yang berpendapatan tinggi dan kelas berpendapatan rendah.
08:27Tetapi masih lagi timbul kerisauan itu.
08:29Menihak kepada struktur dan juga penyampaian dan juga kadar ambangan yang letakkan ini, apa reaksi Prof?
08:36Secara teorinya memanglah cukai ini sebenarnya ditujukan kepada kumpulan berpendapatan tinggi.
08:43Dan misalnya yuran pengajian tinggi pun hanya untuk pelajar-pelajar asing.
08:47Tapi maknanya dari segi praktikalnya nanti, adakah peniaga-peniaga micro, kecil, sederhana dan besar akan melihatnya sedemikian?
08:59Adakah mereka yakin bahawa kos menjalankan perniagaan mereka tidak akan meningkat?
09:06Bahawa barang-barang bekalan mereka tidak akan meningkat harga?
09:09Jadi untuk lebih selamat mereka kenaikan harga dulu.
09:14Tapi ini bukan untuk semua barang kerana di Malaysia kita melaksanakan sistem pasaran bebas dan pertandingan dalam pasaran adalah digalakkan dan sedang berlaku.
09:28Tapi sebenarnya pertandingan dalam pasaran pun mempunyai harga kerana dia tidak benar-benar satu pertandingan dengan wujudnya kartel, wujudnya oligopoli dan sebagainya.
09:40Jadi secara keseluruhannya kedua-dua pihak pelanggan ataupun pengguna dan juga peniaga-peniaga sama-sama resah.
09:49Apabila ada je kenyataan kenaikan cukar ke, kenaikan bayaran ke, semua pihak akan resah.
09:57Ya dan saya daripada itu juga Prof antara perkara yang dibangkit ialah berkenaan dengan penjelasan istilah-istilah yang digunakan oleh kerajaan untuk menilai item-item yang akan dicukai khususnya dalam konteks cukai jualan.
10:15Saya sempat melihat antara lain dalam senara itu istilah Apple sebagai contoh.
10:19Ia hanya ada Apple, dia tidak sebut sebagai imported Apple ataupun Apple daripada mana-mana tempatnya khusus Apple yang bagaimana mungkin pacaan saya salah melihat kepada dokumen rasmi custom tetapi
10:34dan soal untuk menyampaikan informasi ini dengan lebih jelas, adakah Prof menyaksikan bahawa seharusnya ia diserahkan hanya kepada peniaga yang akan terkesan dengan cukai jualan ini
10:44ataupun harus ada tindakan lebih agresif dan juga spesifik untuk pastikan bahawa walaupun kesannya kepada peniaga tertentu
10:50tapi orang awam juga harus ada kebolehan untuk membaca dokumen-dokumen rasmi ini dan bila dilihat istilah-istilah yang mungkin dekat dengan dia, itu dia tidak rasa janggal dan juga terkejut Prof.
11:02Ya sebenarnya barang-barang yang akan dikenakan perluasan cukai ialah barang import. Itu sangat penting.
11:10Semua jenis barang import akan mengalami perubahan dan misalnya buah-buahnya tadi, kalau Apple, mungkin ada Apple daripada Cameron Highland atau daripada Kelantan
11:23tapi berapa banyaklah Apple itu? Kebanyakan Apple adalah di import dari Thailand mungkin sekurang-kurangnya
11:30atau dari negara lain Australia dan Eropah. Tapi maknanya asalkan dia barang import, tak kiralah durian ke mana buah apa ni
11:42apa-apa buah daripada Indonesia ke daripada Thailand ke akan dicukai. Dan ini yang menyebabkan peniaga akan secara mudah menaikkan harga buah-buahan
11:56kerana kepada semua orang, kita semua sebenarnya mengetahui bahawa kebanyakan buah yang kita makan adalah buah yang diimport
12:06termasuklah buah durian sebenarnya misalnya. Jadi maknanya kita tidak boleh mengelak daripada barang import hari ini
12:14kita mengimport lebih 90 bilion barang makanan. Dan kalau semua barang-barang import dinaikkan cukai
12:23tentulah bukan sahaja kumpulan T10 yang merasa. Semua orang khususnya mungkin M40 dan saya yakin B50 pun akan merasa kesan ini.
12:37Baik Pro kita akan berehat seketika kembali selepas ini untuk menyentuh lebih lanjut berkenaan dengan peluasan cukai akan
12:42mula berukut kuasa pada 1 Julai dan pada masa yang sama kita juga akan bawakan kepada anda
12:47kenyataan terbaharu daripada Suruhanjaya Tenaga berkenaan dengan tarif elektrik tapi itu selepas ini kita berehat seketika.
13:06Ini perkembangan yang baru kami terima. Suruhanjaya Tenaga hari ini mengumumkan jadual tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa
13:13bermula 1 Julai 2025 sehingga 31 Disember 2027 yang mana menurut Suruhanjaya Tenaga
13:1923.6 juta pegudu domestik di semenanjung Malaysia akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif
13:26selara sekerang ke kawal selia berasaskan insentif iaitu Insentif Based Regulation IBR.
13:32Dan apa yang dimaksudkan dengan jadual tarif baharu ini kalau boleh kita tunjukkan kenyataan daripada Suruhanjaya Tenaga
13:39menjelaskan bahawa kadar elektrik 19% akan diturunkan
13:45yang mana kadar purata tarif asas diselaraskan pada kadar 45.40 sen kilowatt jam
13:53berbanding 45.62 sen setiap kilowatt jam yang diluluskan pada bulan Disember 2024
14:00dan ini merupakan kadar bagi tempoh regulatori keempat berbanding tempoh regulatori ketiga sebelum ini
14:09dan ini menyaksikan tarif elektrik berkurangan sehingga 19% untuk tempoh berbanding dengan tempoh sebelum Disember 2024
14:17dan berikutnya melihat kepada kadar tarif baharu ini apakah makna dan kesannya kepada pengguna
14:23pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1000 kilowatt jam dan kebawah dijangka tidak akan terkesan
14:31dalam kenyataan ini menjelaskan bahawa insentif cekap tenaga ini dibahagikan kepada pengguna domestik dan juga pengguna bukan domestik
14:39dalam jadual baharu ini pengenalan jadual selain pengguna bukan domestik dengan votan rendah juga akan menerima manfaat
14:47lalui insentif cekap tenaga bagi penggunaan 200 kilowatt jam dan kebawah
14:53dua di situ untuk pengguna domestik penggunaan di bawah 1000 kilowatt jam bagi pengguna bukan domestik 200 kilowatt jam
15:01dia akan menikmati tarif baharu ini
15:05dan selain daripada itu peluasan untuk skim masa penggunaan juga diperkenalkan melalui kenyataan suruhan jaya tenaga ini
15:15yang mana skim baharu iaitu masa penggunaan ataupun time of use TOU di tempoh luar puncak diperluas dengan lebih panjang
15:24iaitu melibatkan keseluruhan hari Sabtu, Ahad dan juga 10 malam sehingga 2 petang pada hari Isnin hingga Jumaat
15:32bagi aspek sosial dan kebajikan ada beberapa perkara yang diumumkan melalui kenyataan ini termasuklah
15:38tarif spesifik bagi kategori pertanian, perkhidmatan air dan pembentungan
15:44serta operator rail atau traction akan diperkenalkan
15:48selain daripada itu pemberian rebat sebanyak 10% bagi institut berdaftar pengajian tinggi
15:54sekolah, rumah kebajikan dan rumah ibadat
15:57serta penerusan program rebat Bill Electric RM40
16:02RM40 iaitu bantuan bulanan sehingga maksimum RM40 yang diberikan kepada ketua isi rumah
16:08berstatus miskin, tegar dan berdaftar dalam sistem e-kasi
16:12itu antara yang disebut dalam kenyataan suruhan jaya tenaga yang baru sahaja dikeluarkan pada jam 5 petang tadi
16:19dan kita beralih kepada perkembangan berikutnya berkenaan dengan sistem cukai jualan dan perkhidmatan yang akan diperluaskan
16:27yang mana pemain industri ketika ini sedang meneliti semula peluasan 5% cukai jualan dan perkhidmatan melibatkan gula mentah
16:33MSM Malaysia Holdings Berhad selaku pengeluar gula bertapis nasional memberitahu perjelasan lanjut dituntut daripada kerajaan
16:40untuk memantau kesan kepada harga barang terkawal
16:42Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Syed Fazal Syed Mohamad berkata
16:49harga runcit gula di Malaysia dihadkan pada RM2.85 sekilogram sejak 2011
16:56walaupun harga gula mentah global meningkat sejak tahun kebelakangan ini
17:00Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
17:30Syed Fazal sekitar 75 hingga 80% kos pengeluaran MSM berasal daripada gula mentah
17:36beliau berkata demikian dalam sidang media sempena mesyuarat agung tahunan AGM MSM ke-14 di Kuala Lumpur pada Khamis
17:43untuk rekod semakan dan peluasan skop SST yang melibatkan beberapa barangan mentah lain akan mula berkuat kuasa 1 Julai ini
17:50dan ini pula kenyataan Kementerian Kewangan berkaitan dengan gula yang mana cukai jualan 95% yang akan berkuasa mulai 1 Julai ini
18:01hanya dikenakan ke atas gula mentah dan bukan ke atas gula bertapis atau lazimnya dikenali sebagai gula putih
18:07yang digunakan oleh pengguna harian menurut Kementerian Kewangan MOF dalam satu kenyataan pada Jumaat
18:13langkah ini selaras dengan pendekatan bersasar Kerajaan Madani yang tidak mengenakan cukai ke atas barangan keperluan asas rakyat
18:19seperti gula putih, garam, ayam, telur, ikan, minyak masak dan beras
18:23Langkah itu katanya bertujuan memastikan rakyat tidak terbeban dengan semakan semula sistem cukai sedia ada
18:31MOF turut menjelaskan bahawa walaupun cukai 5% dikenakan terhadap gula mentah sebagai bahan input
18:36penghilang seperti MSM Malaysia Holdings Berhad masih layak memohon pengecualian cukai ke atas bahan mentah tersebut
18:43Oleh itu, tiada sebab untuk berlaku sebarang kenaikan harga gula bertapis lebih-lebih lagi kerana penapis gula seperti MSM
18:50terus menerima insentif bulanan daripada kerajaan bagi memastikan kestabilan bekalan dan harga
18:55Tambahnya penapis dan penghilang gula di Malaysia boleh memohon pengecualian cukai
19:00melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia berdasarkan peruntukan khusus dalam Perintah Cukai Jualan
19:05Penjelasan itu dibuat sesulan kebimbangan awam terhadap kemungkinan kenaikan harga gula
19:10selepas pengumuman berkenaan semakan semula SST diumumkan baru-baru ini
19:14Kita kembali bersama dengan Prof. Maritus Dr. Barjah Bardai, Prof. Malaysia University of Science and Technology Italian
19:22Prof, sesulan daripada kenyataan daripada Suruhan Jai Tenaga, penurunan 19% tarif elektrik
19:28untuk kadar bagi tempoh seterteri hingga Dari Desember ini
19:34dan juga pada zaman selama kita sedang bincangkan tentang penaikan dan juga peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan
19:40bagaimana Prof melihat langkah ini memberikan kesan kepada pengguna
19:44naik di sini, turun di sana
19:46apa maknanya Prof?
19:49Alhamdulillah, saya rasa pengumuman itu agak melegakan pengguna-pengguna
19:54khususnya yang menggunakan kurang daripada 200 MW
19:59tapi maknanya kita perlu lihat juga kesan kos menjalankan perniagaan
20:06kerana akhirnya kumpulan peniaga akan merasai kenaikan kos
20:14dan bila mereka merasai kenaikan kos, mereka mungkin akan pindahkan ini kepada pengguna juga
20:21dalam bentuk kenaikan harga
20:22jadi ini perlu satu pengawalan atau pemantauan yang baik
20:28tapi mana tekad kerajaan untuk tidak membebankan kumpulan berpendapatan rendah
20:37adalah satu yang patut dikujilah
20:40Dan Prof, masih lagi berkenaan dengan soal usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan
20:46antara lainlah kenyataan daripada setiap usaha kebarkanan Perdana Menteri semalam
20:50yang menyatakan bahawa usaha untuk menaikkan cukai ini
20:54antara lain untuk pastikan bahawa pendapatan kerajaan itu meningkat
20:58dan ia akan berikan kesan kepada projek-projek atau program pro-rakyat
21:03pada pandangan Prof, apakah langkah sepatan?
21:06adakah ini strategi yang tepat?
21:08naikkan sedikit cukai untuk naikkan pendapatan
21:11dan akhirnya diberikan dalam bentuk program pro-rakyat
21:14ataupun sebahagian daripada cadangan lain untuk pastikan bahawa cukai sebagai contoh
21:19cukai semua kemudian rebat kemudian
21:22itu juga dianggap sebagai pro-rakyat untuk pastikan kos tidak berganjak
21:26ataupun tidak melonjak terlalu banyak
21:28ada dua kaedah di situ Prof
21:29di mana kecenderungan Prof lahal ini?
21:33yang pertamanya sebenarnya bila diumumkan kenaikan
21:36semasa membaca belanjawan pada tahun lepas untuk tahun 25
21:41kerajaan menekankan bahawa
21:45kenaikan kadar SST ialah untuk menampung usaha untuk menurunkan defisi kerajaan
21:53ini bermakna kerajaan perlu menjaga dalam perbelanjaannya untuk tidak meningkatkan belanja
21:59supaya dia dapat mencapai matlamat
22:02akhirnya mencapai belanjawan defisi 3% daripada 5% sekarang
22:09balik kepada soalan tadi apakah patut kerajaan menyalahkan semula bantuan?
22:18ya
22:18sebab bantuan yang diberi sekarang
22:21mana bantuan madani dan lain-lain
22:23walaupun diberi kepada lebih 9 juta isi rumah
22:28tetapi bantuan ini mungkin terlampau sedikit
22:322,500 tahun yang hanya bernilai 200 ringgit sebulan
22:37dan kalau kita melihat bahawa 50% isi rumah mendapat pendapatan
22:432,700 atau ke bawah
22:46dan ini jauh daripada kos sara hidup purata 3,500
22:51jadi mana banyak penimbangan yang perlu dilakukan untuk memastikan bahawa
22:57rakyat akan semakin sejahtera daripada semua inisiatif ini
23:03dan dalam jangka pendek ini mungkin susah untuk dicapai
23:07mana tidak kira sama ada dia bagi subsidi di hujung atau di pangkal
23:14semuanya akan ada kesan
23:16kerana kesan ini datang bukan sahaja kesan yang dijangka
23:21tapi kesan yang tidak dijangka oleh peniaga, oleh pasaran secara menyeluruh
23:27baik, terima kasih Prof. Maritus Dr. Barujabardai
23:31Provost Malaysia University of Science and Technology
23:33berkongsi perspektif bukan sahaja soal peluasan cukai SST
23:37tetapi juga bagaimanakah dengan tarif baharu yang diumumkan oleh seorang jari tenaga itu
23:41akan berikan kesan kepada pengguna dan juga kepada perniagaan
23:46dan apa yang harus kita berikan tumpuan untuk bulan-bulan akan datang
23:49untuk menyaksikan bagaimanakah polisi ini akan berikan kesan kepada pengguna
23:53sekian sahaja untuk waktu ini, saya Irfan Faruqi, salam hormat
23:56selamat menikmati
Comments