Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Jawatankuasa Bersama Khas (JBK) Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) seharusnya memberi fokus sepenuhnya kepada isu pemilihan kepimpinan kesatuan itu. MTUC Bahagian Sarawak pada masa sama menegaskan supaya JBK tersebut menghentikan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pekerja serta pihak berkepentingan.
Transcript
00:00Jawatan kuasa bersama khas JBK Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC seharusnya memberi fokus sepenuhnya kepada isu pemilihan kepimpinan kesatuan itu.
00:10MTUC bahagian Sarawak pada masa sama menegaskan supaya JBK tersebut menghentikan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pekerja serta pihak berkepentingan.
00:20Ini kerana tegasnya JBK yang dilantik oleh mahkamah telah diberi mandat khusus untuk mengadakan pemilihan semula kepimpinan dalam tempoh tiga bulan.
00:29Malahnya pemilihan yang sepatutnya dilakukan pada Mei 2025 telah ditangguhkan sehingga Ogos depan menyebabkan MTUC kehilangan peluang untuk menghantar wakil ke persidangan buruh antarabangsa ILC.
00:41Justru MTUC bahagian Sarawak menyeru semua pihak dalam MTUC agar menumpukan sepenuhnya kepada pelaksanaan pemilihan semula kepimpinan bagi menamatkan krisis ini.
00:51Katanya MTUC mesti kembali berfungsi sebagai organisasi pekerja yang dihormati dan kredibel dalam memperjuangkan hak pekerja.
00:58Keutamaan harus diberikan kepada ketelusan, keadilan dan penyiasatan segera bagi memastikan MTUC kembali berfungsi sebagai badan yang memperjuangkan hak pekerja secara efektif.
Comments

Recommended