Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Kumpulan itu turut mencatatkan peningkatan jumlah aset dan pinjaman kasar bank, masing-masing sebanyak 5.1% dan 4.4% berdasarkan kadar pertukaran mata wang asing yang tetap.
Transcript
00:00Hasil CIMB Group Holdings susut 2.3% kepada RM5.5 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025.
00:10Kumpulan itu berkata ia disebabkan oleh tekanan kepada margin faedah bersih.
00:17Bagaimanapun, untung bersih kumpulan itu meningkat sedikit kepada RM1.97 bilion didorong oleh peningkatan dalam pendapatan faedah bersih.
00:25Pendapatan faedah bersih turut meningkat kepada RM3.82 bilion manakala pendapatan bukan faedah merosot 8.5% kepada RM1.68 bilion akibat pinjaman tidak berbayar serta dagangan proprietari yang lebih rendah.
00:43Kumpulan turut mencatat peningkatan jumlah aset dan pinjaman kasar bank masing-masing sebanyak 5.1% dan 4.4% berdasarkan kadar pertukaran mata wang asing tetap.
00:55Turut meningkat adalah jumlah deposit keseluruhan sebanyak 2.7% dengan aliran masuk akaun semasa dan simpanan meningkat 7.4%.
01:04Ini meningkatkan nisbahnya kepada 43.8% pada Mac 2025 berbanding 40.8% pada tempoh sama tahun lalu.
01:14Menurut CIMB, peningkatan asas khas kumpulan dan gabungan pembiayaan yang menggalakkan telah membantu mengurangkan kos dana sebanyak 4 mata asas suku ke suku dan 11 mata asas secara keseluruhannya.
01:27Pengurusan aset liabiliti yang berhemah turut membantu mengekalkan NIM yang stabil pada 2.16% pada suku tersebut walaupun terdapat pengurangan kadar faedah di Thailand, Indonesia dan Singapura.
01:41Manakala nisbah kos kepada pendapatan CIR kumpulan berada pada paras 46.9% hasil pengawalan kos berterusan.
01:51Sementara jumlah peruntukan dicatatkan pada RM311 juta dengan kos kredit bertambah baik kepada 26 mata asas berbanding 35 mata asas pada suku sama tahun sebelumnya.
02:01Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Norvan Amiruddin berkata prestasi itu menyerlahkan kekuatan portfolio ASEAN Bank itu yang menerima sumbangan kukuh daripada pelbagai segmen pendapatan.
Comments

Recommended