Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Taku Eto meletak jawatan sebagai Menteri Pertanian Jepun selepas kenyataan kontroversinya mengenai harga beras mencetuskan kemarahan rakyat, sekali gus memberi tekanan besar kepada Perdana Menteri Shigeru Ishiba yang kini berdepan krisis kepercayaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, kita beralih pula ke laporan global.
00:03Menteri Pertanian Jepun, Tako Eto'o, pada Rabu meletak jawatan selepas berdepan tindak balas hebat berhubung kenyataan kontroversi mengenai kenaikan harga beras.
00:13Tindakan itu sekaligus memberi tamparan kepada Perdana Menteri Shigeru Ishiba yang popularitinya sudah pun terjejas akibat isu kos sehari hidup.
00:21Menurut media tempatan yang memetik sumber kerajaan, Ishiba dijangka melantik bekas Menteri Alam Sekitar Shinjuru Koizumi sebagai pengganti Eto'.
00:35Selepas menerima peletakan jawatan Eto', Ishiba akui bertanggungjawab sepenuhnya atas pemilihannya.
00:41Ini kerana beliau membiarkan Eto'o memegang jawatan meskipun berdepan bantahan berhubung kenyataan kontroversi Eto'.
00:49Eto'o menyerahkan surat peletakan jawatannya di Pejabat Perdana Menteri beberapa jam sebelum Ishiba di jadual berdepan pemimpin parti pembangkang di Parlimen yang sebulat suara mendesak beliau meletak jawatan.
01:03Sebelum ini Eto'o dikritik selepas mengatakan beliau tidak perlu membeli beras kerana menerima bekalan yang banyak daripada penyokongnya.
01:12Kenyataan itu dibuat pada ahad ketika harga beras yang melambung tinggi membebankan isi rumah.
01:19Terima kasih telah menonton!

Recommended