Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Wartawan Astro AWANI Seth Akmal bersama Dr Asma Fariha Asma Halim dari Klinik Exocare membincangkan risiko pemilik menggunakan kecerdasan buatan untuk menentukan sendiri rawatan haiwan eksotik tanpa pemeriksaan klinikal.

Category

🗞
News
Transcript
00:07Dari pada mencari maklumat kesihatan sendiri sehingga pandai-pandai merawat, seorang doktor veterina menedahkan pernah berdepan pemilik haiwan yang membawa
00:18jawapan daripada platform kecerdasan buatan AI ke klinik dan meminta doktor mengikut saranan AI.
00:26Namun tindakan bergantung kepada AI boleh menimbulkan kekeliruan terutama dalam merawat haiwan ekzotik yang mempunyai keperluan berbeza.
00:45Sejauh mana kita bakal memahami dan mengetahui teknik penjagaan haiwan terutama libatkan haiwan ekzotik.
00:51Di klinik ExoCare Veterinary Medical Center kita bakal mendengar sendiri pengalaman daripada pengamal lebatan untuk teknik-teknik penjagaan haiwan yang
01:00sebenar agar mereka dapat dijaga dengan penuh kasih sayang.
01:08Bukan membawa preskripsi daripada doktor lain, sebaliknya jawapan yang dicetak daripada platform AI.
01:15Itu antara situasi yang pernah dihadapi doktor veterina, doktor Aksma Fariha Asma Halim ketika merawat haiwan ekzotik.
01:22Menurutnya, ada pemilik yang bukan sahaja membawa maklumat daripada AI malah meminta rawatan diberikan berdasarkan jawapan tersebut.
01:30Ada juga yang mempersoalkan kaedah rawatan doktor apabila ia bercanggah dengan maklumat yang diperoleh menerusi platform berkenaan.
01:38Agak susah tapi untuk kita, kita memperlukan satu gambaran, dua fakta yang jelas.
01:45Di mana ambil darah, buat ujian darah dan kita ada bukti, ada bacaan sedemikian.
01:51Dan kita boleh terangkan, kalau let's say dia nak cross-check dekat CGPT, kita ada bacaan yang betul.
02:02Doktor Asma berkata, maklumat daripada AI boleh dijadikan rujukan awal namun tidak boleh menggantikan pemeriksaan klinikal.
02:09Ini kerana sesuatu diagnosis memerlukan pemeriksaan fizikal dan bukti seperti ujian darah serta X-ray.
02:17Bukan sekadar gejala yang dimasukkan ke dalam ruang carian.
02:20Tapi sebenarnya, haiwan exotik ni, metabolisme dia berbeza.
02:25Jadi bila metabolisme berbeza, respon tubuh pada treatment pun akan berbeza.
02:31Dan respon dia tak sama macam kucing dan anjing.
02:35Mereka ni sangat sensitif.
02:41Isu itu semakin relevan susulan peningkatan minat masyarakat terhadap haiwan exotik yang antaranya dipengaruhi kandungan media sosial.
02:49Video pendek yang memaparkan haiwan comel dan jinak boleh menimbulkan tanggapan bahawa haiwan berkenaan mudah dipelihara.
02:57Namun, apa yang dipaparkan tidak semestinya menggambarkan komitmen, kos dan penjagaan sebenar yang diperlukan.
03:05Klinik tempat Dr. Asma bertugas menerima anggaran 15 hingga 30 haiwan sehari.
03:11Jinipik, arnab dan buru kecil adalah antara haiwan yang paling kerap dibawa untuk mendapatkan rawatan.
03:20Sebenarnya masalah yang kita perhatikan ialah mereka ni sayang.
03:26Tapi maklumat yang mereka terima tu terlalu ringkas.
03:35Kekurangan ilmu penjagaan boleh mengundang risiko kesihatan kepada haiwan.
03:39Sebagai contoh, reptilia bukan hanya memerlukan kalsium tetapi juga pencahayaan UVB dan haba yang sesuai bagi membantu penyerapan nutrisi.
03:49Jinipik dan arnab pula sering mengalami masalah kembung perut yang boleh berpunca daripada pelbagai penyakit termasuk masalah gigi atau jantung.
03:57Jika tidak dirawat, keadaan itu boleh membawa maut.
04:04Sebelum membeli haiwan eksotik, bakal pemilik perlu meneliti status lesen, diet, pencahayaan, suhu, kelembapan dan saiz sangkar yang diperlukan.
04:13Mereka juga perlu mengetahui sumber makanan dan lokasi klinik veterina eksotik terdekat sebelum berlaku kecemasan.
04:20Ini kerana bukan semua klinik mempunyai kebakaran dan peralatan khusus untuk merawat setiap spesies.
04:25Kecerdasan buatan atau AI boleh membantu pemilik mendapatkan maklumat awal.
04:31Namun ia tidak boleh memeriksa haiwan, melakukan ujian atau menggantikan pertimbangan doktor veterina.
04:38Sebenarnya satu, kena cek bela ni komit ke tak komit.
04:45Boleh komit ke tidak.
04:48Jangan beli sebab trending.
04:51Jangan beli sebab ianya hanya comel.
04:54Perlu ambil kira waktu dia tua, waktu dia dewasa.
04:58Kos-kos macam yang saya cakapkan tadilah, kos perubatan, kos maintenance dan perlu tahu jangka hayat.
05:14Baik, itu dia tadi setelah kita mendengar sendiri pandangan daripada pengamal perubatan haiwan.
05:22Bagaimana dengan teknik penjagaan haiwan yang sebenar?
05:24Ingat, tegapkan dalam diri teknik literasi penjagaan haiwan sebenar agar masalah pengamayan ataupun penderaan tidak akan berlaku.
05:31Saya sakmal untuk extra hour ni.
05:33Okey, Rosie?
05:36Terima kasih kerana menonton!

Recommended