00:00Sementara itu, kira-kira 1,400km dari Gauteng di Cape Town, Afrika Selatan, sekurang-kurangnya 10 maut manakala 11 lagi
00:06cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah premis menjual daging panggang di Perbandaran Luande, pinggir Cape Town, awal
00:16pagi ahad.
00:16Polis berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.46 pagi waktu tempatan ketika suspek bersenjata melepaskan tembakan ke arah pelanggan
00:24yang berada di premis tersebut.
00:265 mangsa disahkan maut di lokasi manakala 5 lagi meninggal dunia akibat kecederaan ketika menerima rawatan di hospital.
00:3611 mangsa lain masih menerima rawatan.
00:39Polis melancarkan operasi memburu suspek namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.
00:45Motif kejadian masih dalam siasatan.