Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Presiden China Xi Jinping menamatkan lawatan negara tiga hari ke Amerika Syarikat dengan kedua-dua negara bersetuju memperkukuh hubungan berasaskan rasa hormat, keadilan dan timbal balik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden China Xi Jinping menamatkan lawatan negara tiga hari ke Amerika Syarikat pada Jumaat atas jemputan Presiden Donald Trump.
00:07Lawatan itu menyaksikan kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan mendalam mengenai hubungan dua hala serta usaha memperluas kerjasama antara Beijing dan
00:16Washington.
00:17Xi dan Trump turut mencapai beberapa persefahaman baharu termasuk membina hubungan konstruktif yang berteraskan kestabilan strategik, rasa hormat, keadilan dan
00:28timbal balik.
00:30Xi berkata kepentingan China dan Amerika Syarikat saling berkait rapat selain menegaskan kerjasama kedua-dua negara penting dalam menangani pelbagai
00:37cabaran global.
00:39Sepanjang lawatan, Xi menghadiri upacara sambutan rasmi dan jamuan negara di White House selain mengadakan pertemuan bersama Trump.
00:48Lawatan itu menyusuli lawatan negara Trump ke China pada Mei lalu sekaligus menyaksikan kedua-dua pemimpin saling mengadakan lawatan negara
00:56dalam tempoh kurang enam bulan.
01:00Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended