00:00Seorang murid perempuan berusia 8 tahun maut selepas motosikal ditunggangi neneknya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di kilometer 50 jalan
00:09Kuala Terengganu, Kota Baru berhampiran sekolahnya di Bandar Permaisuri pada pagi Ahad.
00:14Mangsa Puteri Janatul Arisha Abdullah, murid tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Batu 29, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
00:26Ketua Polis Daerah Setiu Superintenden Zahril Asri Muhammad Zim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa
00:35membongcing motosikal Yamaha LC yang ditunggangi neneknya berusia 50 tahun dari simpang langkap menuju ke sekolah.
00:42Setibanya di jalan utama, motosikal berkenaan masuk ke simpang sekolah sebelum dilanggar kereta proton wajah dipandu lelaki berusia 54 tahun
00:51yang datang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Baru.
00:55Pemandu kereta dipercayai tidak sempat membrake dan mengelak sebelum melanggar bahagian sisi kanan motosikal menyebabkan penunggang dan pebonceng motosikal tercampak
01:04di atas jalan.
01:05Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut, manakala neneknya yang cedera parah dihantar ke hospital sama
01:14untuk rawatan.
01:16Kes disiasat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:21Terima kasih kerana menonton!