00:00Thailand isytihar cuti umum khas pada 28 dan 29 September di Bangkok dan tiga wilayah berhampiran.
00:07Ia berikutan langkah pihak berkuasa mempertingkat usaha menangani banjir, susulan hujan lebat berterusan yang menjejaskan beberapa bahagian di ibu negara.
00:18Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Anutin Chanverakul berkata cuti umum dua hari itu terpakai untuk Bangkok, Non-Taburi,
00:25Patung Tani dan Samut Perakan.
00:27Langkah itu bagi mengurangkan limpahan kesan banjir serta memudahkan pergerakan orang ramai.
00:33Kata beliau cuti khas itu diluluskan dalam mesyuarat khas kabinet pada ahad.
00:38Anutin berkata hujan diramalkan berterusan di kawasan wilayah tengah dan timur manakala Bangkok dicangka menerima hujan ringan hingga sederhana.
00:45Beliau antara lain mengarahkan kabinet wilayah untuk memantau rapi kawasan terjejas dan memastikan anggota, jentera serta kenderaan dikerah dengan pantas
00:56mengikut keperluan.
00:57Katanya kerajaan juga sedang menyediakan pusat pemindahan sementara, makanan, bekalan bantuan dan kemudahan perubatan untuk penduduk yang terjejas akibat banjir.
01:08Anutin turut mengarahkan para gubernur supaya segera mengisytiharkan kawasan terjejas bencana sekiranya perlu dan memohon dana kecemasan tambahan menerusi Jabatan
01:18Pencegahan dan Mitigasi Bencana DDPM jika keadaan semakin teruk.
01:23Terima kasih kerana menonton!