Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengariskan visi strategik yang berani untuk fasa pertumbuhan ASEAN seterusnya, menekankan integrasi ekonomi yang lebih kukuh, pengembangan perdagangan dan ketersambungan tenaga rentas sempadan sebagai tonggak utama di bawah kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Suyana Ibrahim menggariskan visi strategik yang berani untuk fasa pertumbuhan ASEAN,
00:07seterusnya menekankan integrasi ekonomi yang lebih kukuh, pengembangan perdagangan dan ketersambungan tenaga rentas sempadan
00:14sebagai tonggak utama di bawah kepengelusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.
00:20Ketika menjawab soalan mengenai hali tujuh blok serantau ini dalam keadaan persaingan geopolitik global yang semakin sengit,
00:26beliau berkata Malaysia bertekad memacu ASEAN melangkaui peranan tradisinya sebagai platform neutral
00:34ke arah menjadi suara yang lebih kohesif dan dipacu nilai di Indo-Pasifik.
00:41Menurutnya Malaysia juga akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama ASEAN,
00:46meningkatkan kepentingan ekonomi dan perdagangan serta melonjakkan pelaburan dalam kalangan negara anggota.
00:52Antara lain, Anwar menyifatkan projek grid tenaga ASEAN sebagai langkah besar kehadapan dalam kerjasama tenaga serantau.
01:00Projek itu akan bermula dengan sambungan kabel menghubungkan Vietnam ke semenanjung Malaysia melalui grid nasional
01:06yang berpotensi disambungkan ke Singapura.
01:10Beliau berkata Petronas boleh diberi peranan utama dalam melaksanakan segmen projek itu.
01:14Anwar berkata pengembangan selanjutnya untuk meliputi Kemboja, Thailand dan Sarawak
01:20dijangka dapat disaksikan dalam fasa masa depan dengan memanfaatkan kapasiti besar Sarawak dalam tenaga alternatif termasuk gas.
01:29Dalam menjadikan Malaysia sebagai pemimpin proaktif dalam ASEAN,
01:32Anwar menegaskan komitmen kerajaan mentakrifkan semula kerudukan global blok serantau itu
01:38melalui diplomasi pragmatik dan berasaskan nilai.
01:42Malaysia kini memegang jawatan sebagai pengurusi ASEAN 2025 secara giliran
01:47dengan tema menumpukan komuniti, daya tahan ekonomi dan pembangunan mampat.
01:52Anwar berkata demikian semasa sesi taklimat antaranya berkaitan sidang kemunca ASEAN 2025
01:57bersama ketua-ketua pengarang media tempatan dan antarabangsa di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.

Recommended