00:00Hamas mendakwa tentera Israel cuba membunuh anak kepada salah seorang pemimpin kanannya, Khalid Al-Hayah, menerusi serangan yang menyasarkan sebuah
00:08apartmen kediaman di Gaza.
00:10Kumpulan itu berkata serangan yang berlaku pada malam Kamis, terus menyasarkan keluarga anak Al-Hayah serta keluarga adiknya, Azam Al
00:19-Hayah, yang terbunuh dalam serangan Israel pada Mei lalu.
00:25Bagaimanapun Hamas tidak mendedahkan nasib anak pemimpin berkenaan atau sama ada terdapat mangsa terkorban dan cedera dalam kejadian itu.
00:32Dalam satu kenyataan, Hamas mendakwa serangan itu berlaku selepas ancaman yang dibuat Menteri Pertahanan Sementara Israel, Israel Katz, terhadap kepimpinan
00:41kumpulan berkenaan.
00:42Pada Kamis, Katz dilaporkan mengancam untuk melancarkan operasi ketenteraan baru di Gaza yang turut melibatkan pemindahan sehingga sejuta penduduk Palestine
00:51dengan alasan untuk melucutkan senjata Hamas.
00:53Hamas turut menuduh kerajaan Israel terus melanggar perjanjian gencatan senjata melalui pembunuhan penduduk awam, serangan ke atas kawasan perumahan dan
01:02kemusnahan rumah penduduk di Gaza.
01:05Menurut kumpulan itu, tindakan berkenaan bukan sahaja menjejaskan usaha menstabilkan keadaan, malah menghalang pelaksanaan sepenuhnya perjanjian gencatan senjata yang dicapai
01:13sebelum ini.
01:13Hamas menegaskan Israel bertanggungjawab terhadap sebarang kesan, susulan daripada serangan terkini itu, serta operasi ketenteraan yang masih berterusan di Gaza.
01:22Sejak Oktober 2023, operasi ketenteraan Israel di Gaza dilaporkan telah mengorbankan kira-kira 75,000 rakyat Palestine dan mencederakan lebih
01:32176,000 yang lain
01:33dengan sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
01:37Konflik berterusan itu turut menyaksikan hampir 90% infrastruktur di Gaza rosak atau musnah selain menjejaskan usaha pelaksanaan perjanjian gencatan
01:46senjata yang dimetrai pada Oktober tahun lalu.
01:49Terima kasih telah menonton!