• 1 hour ago
Ribut kuat melanda Pantai Timur Amerika Syarikat ketika sambutan Thanksgiving, menyebabkan gangguan elektrik meluas dan darurat di Virginia.
Transcript
00:00Ribut kuat mengganggu sambutan Thanksgiving di sebahagian besar pantai timur Amerika Syarikat pada Khamis.
00:06Hampir 1 juta pelanggan terputus bekalan elektrik pada satu-satu masa apabila angin kencang menumbangkan pokok dan tiang elektrik.
00:16Tiupan angin mencecah 70 batu sejam atau 112 km sejam.
00:20Di Old Town Alexandria, Virginia, penduduk memasang papan kayu pada tingkap dan pintu serta meletakkan guni pasir di pintu masuk
00:28bangunan.
00:30Langkah itu diambil bagi melindungi kediaman dan premis daripada angin kencang serta banjir.
00:35Kira-kira 100,000 penduduk Virginia terputus bekalan elektrik ketika ribut melanda pada Khamis.
00:41Gabiner Virginia Abigail Spenberger kemudian mengisytiharkan darurat pada Jumaat.
00:47Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat memaklumkan angin kencang turut melanda atau diramalkan di Maryland, Delaware, New Jersey, New York dan
00:56kawasan pantai New England.
00:58Keadaan di wilayah Middle Atlantic dijangka beransur pulih apabila hujan paling lebat dan angin terkuat bergerak ke New England.
01:06Bagaimanapun, tiupan angin antara 40 hingga 56 km sejam masih dijangka melanda sebahagian pantai timur pada Jumaat.
01:15Jumaat T garamijk

Recommended