• 1 hour ago
PBB memberi amaran fenomena El Nino berisiko memburukkan krisis kelaparan di beberapa negara Afrika dan Amerika Tengah, sekali gus menjejaskan jutaan penduduk.
Transcript
00:00Fenomena El NiƱo dijangka memburukkan lagi krisis kelaparan global dengan jutaan penduduk di Afrika dan Amerika Tengah berisiko berdepan ketidakjaminan
00:11makanan akut dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
00:14Amaran itu dikeluarkan program makanan sedunia WFP dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu FOA menerusi laporan terbaru
00:24mereka yang mengenalpasti 16 kawasan tumpuan krisis kebuluran di seluruh dunia.
00:32Menurut laporan itu sehingga 3 juta penduduk di Zimbabwe, 2.6 juta di Malawi dan 1.8 juta di Mozambik
00:40dijangka mengalami ketidakjaminan makanan akut menjelang Mac 2027.
00:45Laporan sama terus mendedahkan musim penanaman pertama tahun ini di koridor kering Amerika Tengah merupakan yang paling kering dalam tempoh
00:524 dekad menyebabkan kehilangan hasil tanaman melebihi 75% di banyak kawasan.
00:57Di Guatemala, seramai 3.2 juta penduduk dijangka berdepan ketidakjaminan makanan akut yang teruk antara Oktober 2026 hingga Februari 2027.
01:08Laporan itu juga menyatakan konflik bersenjata dan pergolakan keselamatan terus menjadi faktor utama krisis makanan di 12 daripada 16 kawasan
01:17tumpuan yang dinilai.
01:185 kawasan dikenalpasti sebagai paling membimbangkan iaitu Sudan, Sudan Selatan, Somalia, beberapa kawasan di Nigeria dan Yemen.
01:27Tambah PBB risiko kebuluran kini turut dikenalpasti di Sudan dan Sudan Selatan,
01:33manakala Somalia berdepan peningkatan kes kolera dan penyakit berkaitan air tercema susulan kesan cuaca ekstrim.
01:39Terima kasih telah menonton!
01:40Terima kasih telah menonton!

Recommended