00:00Seramai 14 migran ditemukan maut dalam sebuah bot yang membawa kira-kira 100 orang berhampiran ke pulauan Canary, Sepanyol.
00:08Pihak berkuasa berkata bot itu ditemukan kira-kira 39 batu nautika atau 72 km di selatan pulau El Hierro.
00:18Bot berkenaan kemudian ditunda ke pelabuhan La Estaca.
00:22Enam individu yang berada dalam keadaan serius dibawa menggunakan helikopter ke hospital untuk menerima rawatan.
00:28Sekurang-kurangnya 84 mangsa yang terselamat daripada beberapa bot berasingan turut tiba di pelabuhan La Restinga di Pulau Sama.
00:36Ketibaan migran ke Kepulauan Canary meningkat sejak bulan Oktober dengan rekod 2,100 orang tiba dalam tempoh sehari pada 25
00:44November.
00:46Sebahagian besar daripada mereka tiba di El Hierro, sebuah pulau yang mempunyai kira-kira 11,400 penduduk.
00:52Insiden itu berlaku menjelang pilihan raya umum Sepanyol pada ahad ketika isu imigresen menjadi antara tumpuan utama kempen.
01:00Perdana Menteri Pedro Sanchez menekankan sumbangan imigrasi kepada ekonomi,
01:04manakala parti haluan kanan yang mendahului tinjaman pendapat mahu kawalan lebih ketat.
01:10Ribuan migran cuba menyeberangi lautan Atlantik setiap tahun menggunakan bot yang sesak,
01:15disebalik risiko laut bergelora dan arus kuat.