00:00Tiga maut selepas sebuah bot nelayan karam di luar pantai Iceland. Perdana Menteri Iceland, Kristen Fosda Todell, berkata bot itu
00:08menghadapi masalah sebelum tenggelam dalam keadaan ombak tinggi dan angin kencang pada Rabu Malam.
00:15Kejadian berlaku kira-kira 60 batu nautika atau 111 km dari pantai timur negara itu. Kesemua 17 kru dilaporkan memakai
00:24sut keselamatan sebelum meninggalkan bot berkenaan.
00:27Mereka kemudian diselamatkan menggunakan helikopter selepas beberapa jam berada di dalam air. Pada awalnya tiada maklumat dikeluarkan mengenai keadaan mereka,
00:35namun tiga kru disahkan meninggal dunia pada Khamis.
00:38Frost Tadutir berkata keadaan ketika kejadian begitu genting sehingga pihak berkuasa pada mulanya tidak dapat memastikan sama ada terdapat mangsa
00:46yang akan terselamat. Punca bot nelayan itu karam masih belum diketahui.