• 3 minutes ago
Bekalan elektrik di lapan daerah Pantai Timur Sabah dipulihkan secara berperingkat selepas gangguan berskala besar susulan runtuhan sebuah menara penghantaran di Ranau awal pagi Khamis, yang turut menjejaskan operasi perniagaan, telekomunikasi dan aktiviti harian penduduk.
Transcript
00:00Baik bertemu semula bekalan elektrik di 8 daerah pantai timur Sabah kini pulih secara berperingkat selepas gangguan bekalan berskala besar
00:09susulan runtuhan sebuah menara penghantaran di Ranau awal pagi Khamis.
00:14Sabah Electric Siri dalam satu kenyataan memaklumkan pelbagai langkah pemulihan termasuk kaedah pengasingan sistem atau islanding bagi mempercepatkan penyaluran semula
00:26bekalan elektrik.
00:31Sabah Electric Siri memaklumkan semua sumber dan tenaga kerja sedia ada dikerahkan bagi mempercepatkan proses pemulihan.
00:39Bagaimanapun punca keruntuhan menara penghantaran serta tempoh pemulihan sepenuhnya masih belum dimaklumkan secara rasmi.
00:47Gangguan bekalan elektrik bermula pada jam 6.04 pagi itu melibatkan 8 daerah iaitu Sandakan, Tawau, Lahat Datu, Sempurna, Kunak,
00:59Beluran, Telupit dan Kinabatangan.
01:01Bekalan mula kembali pulih di beberapa kawasan di Tawau diikuti sebahagian di kawasan di Sandakan, Sempurna dan Telupit menjelang petang.
01:11Terdahulu jentera berat yang turut digerakkan bagi mengalih kabel elektrik yang tumbang dan menghalang laluan utama ranau Sandakan.
01:19Gangguan itu turut menjejaskan aktiviti ekonomi apabila sebahagian premis perniagaan termasuk salon rambut, dobilayan diri dan premis makanan terpaksa menghadapi
01:30gangguan operasi.
01:31Disandakan beberapa stesen minyak turut menyaksikan barisan panjang apabila penduduk berusaha mendapatkan bekalan di premis yang masih beroperasi.
01:41Pada masa sama, gangguan bekalan elektrik turut menjejaskan rangkaian telekomunikasi di beberapa kawasan apabila bekalan kuasa Sandaran Menara Komunikasi Kehabisan
01:51Tenaga.
01:52Insiden terbaru itu berlaku lebih setahun selepas gangguan bekalan elektrik besar pada 13 September 2025 menjejaskan hampir 230,000 pengguna
02:03di pantai Timur Sabah.

Recommended