• 5 minutes ago
China menegaskan haknya untuk mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi kepentingan negara susulan cadangan tarif baharu Amerika Syarikat terhadap 14 rakan dagang utama, termasuk China, berhubung siasatan lebihan kapasiti industri.
Transcript
00:00China menegaskan haknya untuk mengambil langkah yang perlu bagi melindungi hak dan kepentingan sah negara itu susulan cadangan pelaksanaan tarif
00:08baharu oleh Amerika Syarikat.
00:11Jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong berkata, siasatan yang dijalankan Amerika Syarikat menerusi Seksyen 301 itu merupakan tindakan unilateral yang
00:23ditentang keras Beijing.
00:50Pendirian itu menyusul selepas Washington mencadangkan tarif terhadap 14 rakan dagang utama termasuk China, Jepun dan Kesatuan Eropah berhubung isu
00:58lebihan kapasiti industri.
01:00Pada Rabu, Washington mencadangkan perlaksanaan tarif baharu terhadap 14 rakan dagang utama susulan siasatan berkaitan lebihan kapasiti perendastian.
01:08Kebanyakan kadar tarif yang dicadangkan itu ditetapkan pada kadar lebih rendah, selaras dengan perjanjian perdagangan yang telah dimuktamadkan atau masih
01:15dalam proses rundingan.
01:17Sehubungan itu, China menggesa Amerika Syarikat supaya membetulkan tindakan yang disifatkan sebagai satu kesilapan.
01:22Beijing turut menyeru Washington kembali ke landasan yang betul dengan menyelesaikan sebarang pertikaian perdagangan menerusi dialog dan perundingan.
01:30Terima kasih kerana menonton!

Recommended