00:00Berita antarabangsa, sembilan individu cedera selepas kebakaran berlaku di sebuah loji penapisan minyak milik Bacak Corp di Prakanong, Bangkok pada
00:09Khamis.
00:10Syarikat itu dalam satu penyataan memaklumkan semua unit pengeluaran di loji berkenaan dihentikan sementara susulan insiden berkenaan.
00:17Kebakaran dilaporkan bermula kira-kira jam 2.45 petang waktu tempatan sebelum berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira 30
00:25minit kemudian.
00:26Bacak Corp berkata daripada sembilan kaki tangan yang cedera, dua daripadanya sudah dibenarkan pulang.
00:33Punca kebakaran masih dalam siasatan. Loji penapisan minyak berkenaan mempunyai kapasiti maksimum memproses hingga 120,000 tong minyak mentah sehari.