• 6 minutes ago
Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditetak menggunakan parang oleh sekumpulan empat lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Pekan Lama, Kuala Ketil, Baling, pada Khamis.
Transcript
00:00Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditetap menggunakan parang oleh sekumpulan empat lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah kedai makan di
00:07Jalan Pekan Lama, Kuala Ketil, Baling pada Khamis.
00:11Ketua Polis Kedah, Dato' Azli Abu Shah berkata, mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia
00:19di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
00:23Hasil pemeriksaan awal, pihak forensik mendapati si mati mengalami kecederaan di bahagian kaki, tangan, lutut serta belakang leher.
00:30Terdapat sebanyak 16 kesan tetapkan dan hampir putus disebabkan ditetap dengan menggunakan parang.
00:36Azli berkata hasil siasatan dan risikan mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada dendam serta perebutan kawasan.
00:43Maklumat orang awam menyatakan mereka melihat empat lelaki bersenjatakan parang turun daripada sebuah kereta jenis proton personal sebelum mengejar dan
00:50menyerang mangsa.
00:51Suspek terbabit dikatakan telah mengejar dan terus menetap mangsa di tempat kejadian.
00:56Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
01:00Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau hadir kebala polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Recommended