• 4 minutes ago
Sebanyak 372 individu ditahan manakala pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM49,648.30 dirampas dalam Op Tapis Khas Kontinjen Perak yang dilaksanakan serentak di seluruh negeri selama tiga hari bermula 23 Nov lepas.
Transcript
00:00Sebanyak 372 individu ditahan manakala pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai hampir RM50,000 dirampas dalam obs tapis khas kontingen Perak
00:11yang dilaksanakan serentak di seluruh negeri selama 3 hari bermula 23 November lepas.
00:16Ketua Polis Perak, Datuk Muhammad Alwi Zainal Abidin berkata operasi melibatkan 25 pegawai kanan dan 223 pegawai rendah polis itu
00:25merupakan usaha membantras pengedaran dan penyalahgunaan dadah di lokasi yang dikenalpasti sebagai sarang penagihan.
00:33Beliau berkata lokasi berkenaan termasuk di Tanah Perancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Felkra,
00:43Ladang Swasta, Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT, Rumah Tangsa serta JT Nelayan.
00:48Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 14 hingga 70 tahun terdiri daripada 356 lelaki dan 16 wanita merangkumi 339 warga
00:58tempatan serta 33 warga asing iaitu Thailand 14, Indonesia 13, Myanmar 5 dan Vietnam seorang.
01:06Daripada keseluruhan tangkapan tersebut, 66 orang telah ditahan atas kesalahan pengedaran dadah, 206 orang atas kesalahan memiliki dadah, manakala 100
01:16orang penagih disiasat di bawah Seksyen 15-1-A Akta Dadah Berbahaya ADB 1952.
01:24Mohd Alwi berkata, 3 individu dikategorikan sebagai orang yang dikendaki, turut berjaya ditangkap selain mengenalpasti 2 penagi dadah tegar yang
01:32bakal diambil tindakan di bawah Seksyen 39C ADB 1952.
01:37Beliau berkata, rampasan dadah dalam operasi berkenaan pula melibatkan 288.61 gram ganja, syabu 251.95 gram, heroin 212.98
01:50gram, ketamin 17.74 gram, pil aramin 7.46 gram, daun ketum 2,300 gram, cacara ketum 126.10 liter,
02:03serta kodian 0.18 liter.
02:06Justru Mohd Alwi menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan
02:15dengan lebih berkesan.

Recommended