• 16 minutes ago
Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer berkata hasil siasatan mendapati strategi perindustrian tertentu yang diguna pakai oleh rakan dagang telah mewujudkan persaingan yang tidak adil bagi pengeluar Amerika.
Transcript
00:00Amerika Syarikat mencadangkan tarif tambahan sehingga 18% ke atas barangan Malaysia selepas mendapati dasar penindustrian dan amalan pembuatan Malaysia
00:09menyumbang kepada lebihan kapasiti dan pengeluaran infrastruktur yang menurut Washington membebankan atau menyekat perdagangan Amerika Syarikat.
00:16Malaysia antara 14 ekonomi yang berdepan cadangan pengenaan tarif di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 dengan kadar tarif utama
00:25yang dicadangkan antara 15% hingga 35%.
00:29Ikram yang lain termasuk Cina, Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam, Jepun dan Kesatuan Eropah, EU.
00:38Dalam kenyataan pada Rabu, Wakil Perdagangan Amerika Jameson Greer berkata hasil siasatan mendapati strategi perindustrian tertentu yang digunapakai oleh rakan
00:47dagang telah mengujudkan persaingan yang tidak adil bagi pengeluar Amerika.
00:51Ujah beliau selama beberapa dekad, banyak rakan dagang Amerika telah menggunapakai strategi perindustrian yang berteraskan penyasaran sektor pembuatan, pengekangan gaji
01:00dan buruh, sokongan kewangan dan sokongan lain, input daripada ekonomi bukan pasaran, serta amalan lain yang memesungkan pasaran sehingga imbangan
01:09perdagangan memihak kepada mereka di samping menghakis asas sektor pembuatan Amerika.
01:14Dapatan Pejabat Wakil Perdagangan Amerika USTR mengenai Malaysia tertumpu kepada empat bidang iaitu rancangan perindustrian dan sektoral untuk memperluas sektor
01:24pembuatan dan ekspor, pembiayaan keutamaan melalui program pembiayaan nasional, tindakan yang tidak mencukupi untuk menangani lebihan kapasiti yang dikaitkan dengan
01:32import dan pelaburan asing dari ekonomi bukan pasaran serta pelindungan buruh yang tidak memadai.
01:39Laporan itu mengenapasi teknologi maklumat dan komunikasi ICT serta industri otomotif sebagai sektor yang menimbulkan kebimbangan khusus dengan menyatakan bahawa
01:48dasar berkenaan boleh mengurangkan peluang komersial bagi pengeluar dan pengespor Amerika di Malaysia serta pasaran lain.
01:54Di bawah tindakan yang dicadangkan itu, tarif sehingga 18% akan dikenakan ke atas barangan Malaysia sebagai tambahan kepada duti
02:02sedia ada jika berkenaan namun tertakluk kepada pengecualian bagi produk tertentu.
02:07Mengenai Malaysia, USTR berkata kadar tarif sehingga 18% yang dicadangkan itu akan mengambil kira penolakan tarif sedia ada di
02:15bawah Seksyen 301 dengan pengecualian bagi barangan tertentu.
02:20Cadangan itu mengambil kira duti sedia ada di bawah Seksyen 301 dan 232, rundingan yang sedang berlangsung dengan Malaysia serta
02:28komitmen di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Amerika-Malaysia.
02:32Bagaimanapun, USTR turut mencadangkan supaya tarif sehingga 25% dipertimbangkan selepas ditolak tarif sedia ada di bawah Seksyen 301, sekiranya
02:42rundingan yang sedang berlangsung dan komitmen di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas itu didapati tidak memuaskan.
02:49Greer berkata tindakan yang dicadangkan itu bertujuan menangani amalan perdagangan yang dianggap tidak adil oleh Washington serta memperkukuh daya saing
02:57pengeluar Amerika.
02:58Menurut notis itu, siasatan terhadap Malaysia dimulakan pada 11 Mac 2026 dengan USTR mengadakan rundingan dua hala bersama kerajaan Malaysia
03:07pada 12 Mei namun rundingan itu tidak menyelesaikan kebimbangan Washington.
03:11Pihak berkepentingan mempunyai tempoh sehingga 5 Januari 2027 untuk mengemukakan ulasan bertulis dan permohonan untuk menyertai sesi pendengaran awam yang
03:22dijadualkan bermula pada 25 Januari 2027 di Washington.
03:26Pihak berkepentingan mempunyai tempoh sehingga 5 Januari 2027 di Washington.

Recommended