00:00Malaysia mempergiat langkah meneroka bidang teknologi masa depan termasuk pembangunan teknologi kuantum dan fasiliti perubatan regeneratif sebagai strategi memperkukuh ketahanan
00:12ekonomi negara dalam mendepani ketidaktentuan keuangan serta gangguan rantaian bekalan global.
00:18Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata tumpuan terhadap pemerkasaan ekosistem sains, teknologi dan inovasi STI itu menjadi agenda utama
00:27dalam Mesyuarat Majlis Sains Negara MSN tahun 2026.
00:33Menurutnya perancangan strategi ini penting dalam memastikan keupayaan STI negara dimanfaatkan bagi menghasilkan penyelesaian terhadap cabaran ekonomi ia termasuk ketidaktentuan
00:43keuangan dan gangguan rantaian bekalan global.
00:46Beliau berkata antara perkara yang dibincangkan ialah usaha memperkukuh kedudukan Malaysia dalam Indeks Inovasi Global GII menerusi pencajaran indikator STI
00:56serta hala tujuh pembangunan teknologi kuantum negara.
00:59Beliau mahu setiap inisiatif ini diberikan perhatian dan dipantau secara berterusan bagi memastikan pelaksananya mengikut garis masa yang ditetapkan.
01:07Mesyuarat MSN berfungsi sebagai platform tertinggi peringkat nasional dalam menyelaras hala tujuh dasar STI merentas kementerian dan agensi.