Selepas hampir 35 tahun berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh mengumumkan peletakan jawatannya daripada Parti Demokratik Progresif (PDP), namun menegaskan beliau kekal menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

#PRNSarawak #SarawakMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selepas hampir 35 tahun berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Bawang Asan, Datuk Seri Wong Sun Koh mengumumkan peletakan
00:09jawatannya daripada Parti Demokratik Progresif PDP namun menegaskan beliau kekal menyokong gabungan Parti Sarawak GPS dan kepimpinan Premier Sarawak Tan
00:18Sri Abang Johari Tonopeng.
00:20Dan Wong yang juga bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu PSB dan Naik Presiden Kanan PDP berkata beliau secara rasmi mengemukakan
00:29surat peletakan jawatannya pada pucuk pimpinan parti sekaligus melepaskan semua jawatan dan pelantikan dalam parti itu berkuatkuasa serta merta.
00:37Wong berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati hal tuju politik PDP ketika ini tidak lagi selaras dengan matlamat dan persefahaman
00:45asal yang mendorong beliau menyertai parti berkenaan susulan pembubaran PSB pada 2024.
00:52Bagaimanapun beliau menegaskan peletakan jawatannya daripada PDP tidak bermakna beliau meninggalkan GPS atau menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Abang Johari.
01:01Mengulas kemungkinan pertanding pada pilihan raya negeri PRN Sarawak ke-13, Wong berkata beliau bersedia memberi laluan kepada generasi muda
01:10untuk meneruskan perjuangan politik.
01:12Beliau turut menyatakan komitmen untuk memberikan sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon GPS bagi kerusi Dewan Undangan
01:20Negeri Dun Bawang Asan pada PRN akan datang.

Recommended