• 4 minutes ago
Malaysia akan meneruskan usaha mendapatkan negara ketiga bagi penempatan pelarian Rohingya, termasuk mempertimbangkan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Turki belum bersedia mempertimbangkan permohonan Malaysia untuk menerima sebahagian pelarian Rohingya yang berada di negara ini.
00:08Ini susulan Ankara kini menanggung lebih 4 juta pelarian dari beberapa negara.
00:13Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu dimaklumkan secara rasmi oleh pihak Turki kepada beliau dua hari lalu.
00:20Tapi pihak Turki secara rasminya belum bersedia menimbangkan atas alasan Turki sekarang menanggung lebih daripada 4 juta pelarian daripada negara
00:35-negara Teluk, negara-negara Arab dan beberapa negara jiran.
00:41Jadi itu kenyataan yang saya perlulihi daripada rasminya pihak Turki.
00:47Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang meminta penjelasan berhubung kenyataan mendakwa kerajaan Turki bersedia
00:56menerima 10,000 pelarian Rohingya daripada Malaysia.
01:00Pada 20 November lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan seramai 10,000 pelarian
01:07Rohingya dari Malaysia akan ditempatkan semula di Turki menerusi program latihan kemahiran berstruktur.
01:14Ahmad Zaid menyebabkan cadangan berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha strategik kerajaan untuk menangani kehadiran kumpulan etnik itu di negara ini
01:23secara lebih teratur, berkesan dan berperi kemanusiaan.
01:27Tegas Anwar, Malaysia akan meneruskan usaha mendapatkan negara ketiga bagi penempatan pelarian berkenaan termasuk mempertimbangkan negara anggota Pertubahan Kerjasama Islam
01:37OIC.
01:38Sebelum ini, wujud harapan untuk Turki mempertimbangkan carangan terbabit berdasarkan tradisi negara itu membantu pelarian dari negara Islam.

Recommended