• 3 minutes ago
Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek meluangkan masa bertemu calon SPM 2026 di SMK Perimbun sebelum ke Dewan Rakyat, sambil menyampaikan kata-kata semangat dan pesanan menjaga kesihatan sepanjang peperiksaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadlina Siddiq meluangkan masa bertemu calon CJ Pelajaran Malaysia atau SPM 2026 di SMK Perimbun hari
00:09ini
00:09bagi menyuntik semangat mereka sebelum peperiksaan bertulis bermula.
00:13Menurut beliau, kunjungan itu dilakukan secara mengejut sebelum hadiri persidangan Dewan Rakyat pada pagi ini.
00:21Fadlina berkata beliau gembira dapat meluangkan masa bersama calon dan memberikan kata-kata semangat menjelang peperiksaan penting itu.
00:29Beliau turut mengingatkan calon supaya menjaga kesihatan dan memastikan keadaan fizikal serta mental berada pada tahap terbaik sepanjang musim peperiksaan.
00:39Fadlina turut mendoakan agar segala urusan calon dipermudahkan dan mereka dapat menjawab peperiksaan dengan penuh keyakinan.
00:47Peperiksaan bertulis SPM 2026 bermula pada Isnin dan akan berlangsung sehingga 17 Disember depan melibatkan calon dari seluruh negara.
00:55Kementerian Pendidikan turut berharap semua calon dapat memberikan yang terbaik serta mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.
01:04Terima kasih.
01:07Terima kasih.

Recommended