• 5 minutes ago
Beberapa negara Eropah Tengah menolak cadangan bajet EU 2028-2034 yang mengandungi pembiayaan untuk Ukraine, manakala Poland menegaskan sokongan kepada Kyiv penting bagi menghadapi ancaman Rusia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Beberapa negara Eropah Tengah menolak carangan terbaru bajet Kesatuan Eropah EU bagi tempoh 2028 hingga 2034 khususnya berhubung peruntukan pembiayaan
00:10untuk Ukraine.
00:11Carangan yang dibentangkan Presiden Majlis Eropah Antonio Costa pada Sabtu itu disifatkan tidak boleh diterima oleh beberapa pemimpin negara berkenaan
00:19selepas mesyuarat di Slovakia pada Isnin.
00:25Perdana Menteri Hungary Peter Maggi yang menegaskan Budapest tidak bersetuju pembiayaan Ukraine dikaitkan dengan bajet tujuh tahun EU atau dijadikan
00:32satu kewajipan kepada negara anggota.
00:35Pendirian sama terhadap disuarakan Perdana Menteri Republik Chak Andrei Babis yang mempendapat bantuan kepada Ukraine sepatutnya disalurkan di luar peruntukan
00:43bajet EU.
00:44Bagaimanapun Perdana Menteri Poland Donald Tusk mengambil pendirian berbeza dengan menegaskan sokongan kepada Ukraine penting bagi mengekang ancaman Rusia.
00:51Beliau telah menyifatkan bantuan kepada Kiev sebagai langkah paling menjimatkan kos untuk menghadapi Moskow.
00:58Selain isu pembiayaan Ukraine, beberapa pemimpin telah membangkitkan kebimbangan terhadap cadangan peluasan skim perdagangan pelepasan karbon EU.
01:05Untuk rekod, bajet EU membiayai pelbagai dasar dan program melibatkan 27 negara anggota termasuk bantuan kepada sektor pertanian, pembangunan teknologi,
01:13industri serta penyelidikan bagi menghadapi persaingan global.
01:16Pemimpin EU di jadual membicarakan cadangan itu dalam sidang khas pada 26 hingga 27 November ini bagi merapakan perbezaan antara
01:24negara penyumbang bersih dan negara penerima manfaat bajet.

Recommended