00:00Sosia sokongan Sarawak terus dilihat sebagai antara faktor penting dalam memperkukuh kestabilan politik di peringkat Persekutuan sekaligus memastikan kesinambungan pentadbiran
00:10Kerajaan Madani.
00:11Menteri Dalam Negeri merangkap Ketua Setiausaha Pakatan Harapan PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kerjasama dan persefahaman antara Kerajaan
00:20Persekutuan dengan Sarawak sebagai asas penting bagi membolehkan Kerajaan memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan negara.
00:29Saifuddin menerusi kenyataan media pada selasa turut memaklumkan perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari
00:36Tunopeng ketika kunjungannya ke negeri itu.
00:39Tegasnya PH bersetuju bahawa kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat harus terus menjadi keutamaan.
00:47Selain semangat saling menghormati, persefahaman dan kepercayaan perlu terus menjadi asas hubungan Persekutuan Sarawak.
00:53Mengulas lanjut mengenai kepentingan hubungan politik kedua-dua pihak, Saifuddin berkata beliau menghargai komitmen dan sokongan Sarawak terhadap usaha Kerajaan
01:01Persekutuan dalam memastikan kestabilan politik serta kesinambungan pentadbiran negara.
01:06Kerjasama serta persefahaman ini amat penting bagi membolehkan Kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembangunan ekonomi, pelaksanaan reformasi dan kesejahteraan
01:16rakyat.
01:16Terima kasih kerana menonton!