• 2 minutes ago
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berharap sekolah berkenaan dapat disenaraikan dalam pelan pembangunan di bawah RMK13.
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan Malaysia KPM diharap dapat menyelesaikan segera isu sekolah daif di Kalabakan bagi memastikan murid di kawasan luar bandar
00:08mendapat kemudahan pembelajaran yang lebih baik.
00:11Ahli Parlimen Kalabakan Dato' Andy Muhammad Suriyadi Bandi berkata sekolah pada tahap tujuh paling kritikal dan memerlukan tindakan segera.
00:21Sebagai contoh di SK Mentadak salah satunya SK Ulu Kalabakan salah satunya perkara ini kita telah kemukakan kepada pihak KPM
00:36dan dapat perhatian lah.
00:39Walaupun Parlimen Kalabakan ini terletak di luar bandar tetapi dia punya tahap pendidikan itu kalaupun tidak se-at-at-at
00:49-at-at sekolah-sekolah dalam bandar, at least dia punya tahap tu tidaklah jauh sangat.
00:56Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Permata 5.0 Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat Tawau pada Sabtu.
01:05Jelas Suriyadi pihaknya sudah membawa perkara itu kepada pihak Kementerian Pendidikan dan berharap sekolah terbabit dapat diberi keutamaan menerusi Rolling
01:15Plan ke-2 tahun depan atau Rolling Plan ke-3 pada 2028 Rancangan Malaysia ke-13 RMK-13.
01:24Suriyadi turut membangkitkan keperluan pembinaan makmal sains di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Kalabakan.
01:31Ketiadaan kemudahan itu menyebabkan pihak sekolah tidak dapat menawarkan mata pelajaran sains kepada pelajar sekaligus menghadkan pilihan pembelajaran mereka.

Recommended